{"id":18139,"date":"2026-11-18T16:16:09","date_gmt":"2026-11-18T16:16:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18139"},"modified":"2026-11-18T16:34:28","modified_gmt":"2026-11-18T16:34:28","slug":"malaysia-as-jalin-kerjasama-bangunkan-awan-ai-berdaulat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-as-jalin-kerjasama-bangunkan-awan-ai-berdaulat\/","title":{"rendered":"Malaysia-AS jalin kerjasama bangunkan awan AI berdaulat"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama bagi menyokong pembangunan kemudahan Awan Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Malaysia, termasuk melalui penyertaan syarikat teknologi dari negara itu.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump hari ini mengumumkan hasrat kedua-dua negara untuk menjalin kerjasama bagi menyokong inisiatif Malaysia itu, termasuk melalui penyertaan syarikat teknologi AS.<\/p>\n<p>Menerusi inisiatif itu, Malaysia akan menentukan sendiri reka bentuk, kaedah perolehan serta pengaturan operasi kemudahan Awan AI Berdaulat bagi memastikan kepentingan dan kedaulatan negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>Infrastruktur serta data yang dihoskan juga akan ditempatkan di Malaysia, tertakluk kepada undang-undang negara, selain kekal di bawah pemilikan, jagaan dan kawalan Malaysia.<\/p>\n<p>Antara bidang kerjasama yang dikenal pasti termasuk bantuan teknikal dan latihan bagi membangunkan tenaga kerja AI tempatan, selain memperkukuh keupayaan negara mengendalikan infrastruktur digital yang selamat serta berdaya tahan.<\/p>\n<p>Penyertaan syarikat teknologi AS dalam projek itu bagaimanapun tertakluk kepada undang-undang dan proses perolehan Malaysia, keperluan teknikal serta keselamatan, selain pemeteraian perjanjian berkaitan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, AS menyatakan hasrat menyediakan dana berjumlah AS$50 juta menerusi program SI SPARK bagi menyokong inisiatif berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, penyaluran dana itu masih tertakluk kepada persetujuan kedua-dua kerajaan berhubung terma dan skop bantuan.<\/p>\n<p>Kerjasama itu turut mencerminkan usaha Malaysia dan AS memperkukuh hubungan strategik dalam bidang AI serta teknologi digital yang selamat menerusi Perkongsian Strategik Komprehensif, dengan menghormati kedaulatan dan autonomi kawal selia masing-masing.<\/p>\n<p>Pembangunan Awan AI Berdaulat merupakan inisiatif Malaysia untuk membangunkan infrastruktur kecerdasan buatan yang membolehkan data dan kemudahan digital negara kekal di bawah kawalan Malaysia, selain meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan dalam sektor teknologi AI.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama bagi menyokong pembangunan kemudahan Awan Kecerdasan Buatan (AI) Berdaulat Malaysia, termasuk melalui penyertaan syarikat teknologi dari negara itu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump hari ini mengumumkan hasrat kedua-dua negara untuk menjalin kerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18140,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,605,13,5698,5699,18,5700],"authors":[],"class_list":["post-18139","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-amerika","tag-anwar","tag-awan-kecerdasan-buatan","tag-berdaulat-malaysia","tag-pmx","tag-si-spark"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18139"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18151,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18139\/revisions\/18151"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18140"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18139"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}