{"id":18144,"date":"2026-11-18T16:20:01","date_gmt":"2026-11-18T16:20:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18144"},"modified":"2026-11-18T16:20:01","modified_gmt":"2026-11-18T16:20:01","slug":"bersih-persoal-pengampunan-najib-gesa-isu-tahanan-rumah-diperjelas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersih-persoal-pengampunan-najib-gesa-isu-tahanan-rumah-diperjelas\/","title":{"rendered":"BERSIH persoal pengampunan Najib, gesa isu tahanan rumah diperjelas"},"content":{"rendered":"<p>Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan keputusan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ketika beliau masih berdepan prosiding perundangan berkaitan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).<\/p>\n<p>Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keputusan pengampunan terhadap Najib wajar diteliti dari sudut keadilan, kesaksamaan undang-undang serta kepentingan awam, khususnya apabila masih terdapat kes berkaitan dana 1MDB yang belum selesai sepenuhnya.<\/p>\n<p>Perkara itu dibangkitkan menerusi satu risalah bertajuk &#8216;Risalah Al-Muluk&#8217; yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bertarikh 13 November 2026.<\/p>\n<p>Dalam risalah berkenaan, BERSIH menyatakan kebimbangan terhadap implikasi kewangan kes SRC International dan kes lain yang masih dalam proses perundangan, termasuk beban hutang 1MDB yang dianggarkan sekitar RM51.4 bilion dan ditanggung kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPada hemat patik, keadaan ini menimbulkan satu kejanggalan yang wajar diberi perhatian, apabila pengampunan diraja diperkenan terhadap seorang yang masih berhadapan dengan satu prosiding perbicaraan bagi kes yang berprofil tinggi,\u201d menurut kandungan risalah itu.<\/p>\n<p>BERSIH turut berpandangan pertimbangan pengampunan sepatutnya ditangguhkan sehingga semua prosiding perundangan yang masih berjalan diselesaikan sepenuhnya.<\/p>\n<p>Isu pengampunan Najib kembali menjadi perhatian susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membabitkan pengurangan hukuman penjara dan denda dalam kes SRC International, selain kontroversi berkaitan permohonan untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, BERSIH turut membangkitkan kepentingan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam pelaksanaan kuasa serta tanggungjawab institusi negara.<\/p>\n<p>Risalah itu turut mengingatkan keputusan berkaitan isu berkenaan perlu mengambil kira maruah institusi Raja-Raja Melayu, kepentingan rakyat dan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>BERSIH menegaskan perbezaan pandangan tidak seharusnya dianggap sebagai penderhakaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu, sebaliknya menjadi ruang menyampaikan teguran dan pandangan demi kepentingan negara.<\/p>\n<p>\u201cBeza pendapat bukan menjebat, luah rasa bukan menderhaka,\u201d menurut penegasan pada penghujung risalah berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mempersoalkan keputusan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ketika beliau masih berdepan prosiding perundangan berkaitan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keputusan pengampunan terhadap Najib wajar diteliti dari sudut keadilan, kesaksamaan undang-undang serta kepentingan awam, khususnya apabila masih terdapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8108,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,1033,5701,121,407,24,1115,21,501,1923],"authors":[],"class_list":["post-18144","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-bersih","tag-muhammad-faisal-abdul-aziz","tag-najib","tag-pengampunan","tag-rasuah","tag-rumah","tag-sprm","tag-src","tag-tahanan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18144","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18144"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18144\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18145,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18144\/revisions\/18145"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18144"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18144"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18144"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18144"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}