{"id":18156,"date":"2026-11-18T17:00:26","date_gmt":"2026-11-18T17:00:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18156"},"modified":"2026-11-18T17:00:26","modified_gmt":"2026-11-18T17:00:26","slug":"dakwaan-data-malaysia-bocor-belum-disahkan-nacsa-pantau-ancaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dakwaan-data-malaysia-bocor-belum-disahkan-nacsa-pantau-ancaman\/","title":{"rendered":"Dakwaan data Malaysia bocor belum disahkan, NACSA pantau ancaman"},"content":{"rendered":"<p>Tiada ancaman siber berskala besar yang menjejaskan data rakyat atau infrastruktur digital negara dikesan setakat ini, meskipun terdapat dakwaan kebocoran maklumat Malaysia di beberapa laman web gelap.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan kebocoran data berkenaan masih belum dapat disahkan dan tiada insiden seumpama itu dilaporkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA).<\/p>\n<p>Beliau berkata, laporan yang tersebar berkemungkinan melibatkan data lama dan bukannya pencerobohan baharu yang menjejaskan keselamatan maklumat rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya mendapat laporan, tetapi setakat hari ini tidak ada apa-apa ancaman yang terlalu besar sehingga mengakibatkan data rakyat terkesan atau dicuri.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang ia data lama yang telah berlaku. Tidak ada setakat ini insiden yang dilaporkan oleh pihak NACSA,\u201d katanya selepas menghadiri forum Sidang Idea Malaysia (SIM) sempena Festival Idea Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas persediaan menghadapi ancaman siber global, Fahmi berkata kerajaan sedang mempercepatkan peralihan kepada sistem dan infrastruktur telekomunikasi yang selamat kuantum bagi memperkukuh perlindungan penghantaran data.<\/p>\n<p>Menurutnya, teknologi berkenaan menggunakan kaedah penyulitan kuantum yang mampu meningkatkan keselamatan komunikasi serta menyukarkan usaha pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta NACSA diminta mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi dan pengendali gentian optik bagi memastikan rangkaian komunikasi negara bersedia menghadapi ancaman teknologi kuantum.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau mengakui penyalahgunaan ejen kecerdasan buatan (AI) untuk melancarkan serangan siber secara automatik menjadi kebimbangan utama di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ancaman seumpama itu belum dikesan berlaku di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cPihak bertanggungjawab iaitu NACSA akan membuat pemantauan dan sekiranya ancaman semakin dekat atau mula mengancam keselamatan siber agensi serta infrastruktur digital negara, kita akan mengambil tindakan bagi menjamin keselamatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu hadir ketika landskap keselamatan siber dunia berdepan ancaman semakin kompleks, termasuk penggunaan teknologi AI untuk mengautomasikan pencerobohan sistem kewangan, kerajaan, tenaga, kesihatan dan telekomunikasi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia berdepan ribuan percubaan serangan siber setiap bulan dan menegaskan keperluan memperkukuh kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara.<\/p>\n<p>Pada 4 November lalu, NACSA turut meningkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara daripada Rendah kepada Sederhana susulan perkembangan keselamatan semasa.<\/p>\n<p>Langkah itu bertujuan memastikan perkhidmatan penting negara, termasuk sistem komunikasi dan infrastruktur digital, terus dilindungi daripada kemungkinan serangan serta gangguan siber.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada ancaman siber berskala besar yang menjejaskan data rakyat atau infrastruktur digital negara dikesan setakat ini, meskipun terdapat dakwaan kebocoran maklumat Malaysia di beberapa laman web gelap. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, dakwaan kebocoran data berkenaan masih belum dapat disahkan dan tiada insiden seumpama itu dilaporkan oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA). Beliau berkata, laporan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2772,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5397,437,49,4477,2117,5706,3312],"authors":[],"class_list":["post-18156","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agensi-keselamatan-siber-negara","tag-data","tag-fahmi-fadzil","tag-kebocoran","tag-menteri-komunikasi","tag-sidang-idea-malaysia","tag-sim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18156","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18156"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18156\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18157,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18156\/revisions\/18157"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2772"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18156"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18156"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18156"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18156"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}