{"id":18190,"date":"2026-11-19T14:57:21","date_gmt":"2026-11-19T14:57:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18190"},"modified":"2026-11-19T14:57:21","modified_gmt":"2026-11-19T14:57:21","slug":"kemelut-mb-negeri-sembilan-ismail-minta-tunggu-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-mb-negeri-sembilan-ismail-minta-tunggu-esok\/","title":{"rendered":"Kemelut MB Negeri Sembilan: Ismail minta tunggu esok"},"content":{"rendered":"<p>Selepas empat hari tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut politik Negeri Sembilan, Ismail Lasim hari ini memberi bayangan kemungkinan ada perkembangan penting berkaitan kedudukannya sebagai Menteri Besar esok.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban, esok.<\/p>\n<p>Ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan terbaharu kemelut pentadbiran negeri itu, Ismail hanya memberikan jawapan ringkas sambil membayangkan sesuatu bakal berlaku.<\/p>\n<p>\u201cJumpa esok, empat hari tak dapat cari saya, esok cari saya\u2026 saya okay, sihat, Alhamdulillah. Terima kasih,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ismail tidak memperincikan maksud kenyataan itu atau mengesahkan sama ada beliau akan menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.<\/p>\n<p>Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Zakat Negeri Sembilan anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Masri Razali.<\/p>\n<p>Isnin lalu, Ismail, 67, dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas kira-kira tiga bulan memegang jawatan itu sejak mengangkat sumpah pada 2 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>Pada hari sama, Tuanku Muhriz dilaporkan berkenan menerima menghadap Ismail susulan kemelut politik dan pentadbiran yang melanda negeri itu.<\/p>\n<p>Pertemuan berkenaan berlangsung kira-kira satu jam 30 minit, bermula 5 petang hingga 6.30 petang.<\/p>\n<p>Perkembangan esok dijangka menjadi tumpuan bagi menjelaskan kedudukan sebenar Ismail, termasuk status peletakan jawatannya dan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas empat hari tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemelut politik Negeri Sembilan, Ismail Lasim hari ini memberi bayangan kemungkinan ada perkembangan penting berkaitan kedudukannya sebagai Menteri Besar esok. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dijangka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban, esok. Ketika ditanya pemberita mengenai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,4644,114,408,1154,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-18190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-ismail-lasim","tag-letak-jawatan","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18191,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18190\/revisions\/18191"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18190"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}