{"id":18192,"date":"2026-11-19T18:21:36","date_gmt":"2026-11-19T18:21:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18192"},"modified":"2026-11-19T18:21:36","modified_gmt":"2026-11-19T18:21:36","slug":"fahmi-saran-pengusaha-perniagaan-kemuka-isu-kepada-kerajaan-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-saran-pengusaha-perniagaan-kemuka-isu-kepada-kerajaan-bernama\/","title":{"rendered":"Fahmi saran pengusaha perniagaan kemuka isu kepada kerajaan: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Pengusaha perniagaan perlu menyalurkan secara terus sebarang isu yang menjejaskan operasi mereka kepada kerajaan termasuk berkaitan logistik, tenaga kerja dan percukaian bagi membolehkan tindakan sewajarnya segera diambil, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan komited untuk memahami cabaran dihadapi golongan komuniti perniagaan selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segala isu menjejaskan sektor perniagaan ditangani segera.<\/p>\n<p>&#8220;Saya bukan sahaja jurucakap kerajaan, saya juga jurudengar kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, manfaatkanlah peluang ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang keperluan atau hasrat yang ingin disampaikan, termasuk perkara yang ingin dikemukakan untuk perhatian kerajaan, anda boleh hubungi saya,\u201d katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaan Rakan Niaga Foodpanda malam tadi.<\/p>\n<p>Fahmi berkata beliau sentiasa bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan penggiat industri dan mendengar permasalahan mereka, di samping menegaskan kerajaan mengalu-alukan sebarang maklum balas yang dapat membantu menambah baik ekosistem perniagaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata langkah kerajaan menaikkan had ambang pelaksanaan e-invois, seperti diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2027, mampu memberi kelegaan kepada perniagaan tertentu.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif berkenaan mencerminkan kepentingan kerjasama antara sektor awam dengan swasta dalam menyokong perkembangan perniagaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengimbau kerjasama beliau dengan pihak Foodpanda ketika pandemik COVID-19, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata beliau pernah bekerjasama dengan platform berkenaan untuk menghubungkan peniaga makanan tempatan, khususnya di Kampung Kerinchi dan Pantai Dalam dengan pelanggan.<\/p>\n<p>Fahmi berkata beliau berbesar hati apabila melihat Foodpanda terus berkembang dan menggiatkan usaha menjalin kerjasama dengan peniaga tempatan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia Kenneth Soh berkata syarikat berkenaan mencatatkan pertumbuhan empat peratus dari segi jumlah pelanggan, 19 peratus bagi jumlah pesanan dan 18 peratus dalam jualan standard setakat ini tahun ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata Foodpanda akan meneruskan momentum pertumbuhan pada 2027 dengan menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu mempercepat dan meningkatkan kebolehpercayaan penghantaran, menambah baik pengalaman pelanggan bagi menggalakkan pesanan berulang serta menawarkan lebih banyak pilihan produk merangkumi kategori selain makanan.<\/p>\n<p>\u201cKami adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran atas permintaan dan perkhidmatan ini lebih daripada sekadar makanan. Kami turut memberi penekanan kepada penghantaran keperluan harian dan barangan runcit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Soh berkata syarikat itu juga akan memperkukuh keupayaan logistik serta pasukan khidmat pelanggan bagi memastikan pesanan sampai tepat pada masanya kepada pelanggan, di samping mengekalkan mutu makanan serta produk lain.<\/p>\n<p>Beliau berkata Foodpanda juga akan terus menambah baik program langganan Pandapro yang semakin mendapat sambutan, dengan ahlinya mencatatkan purata pesanan dua kali ganda berbanding pelanggan yang tidak melanggan. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengusaha perniagaan perlu menyalurkan secara terus sebarang isu yang menjejaskan operasi mereka kepada kerajaan termasuk berkaitan logistik, tenaga kerja dan percukaian bagi membolehkan tindakan sewajarnya segera diambil, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Beliau berkata kerajaan komited untuk memahami cabaran dihadapi golongan komuniti perniagaan selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segala isu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18193,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,5722,5723,2117,807],"authors":[],"class_list":["post-18192","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-foodpanda","tag-masalah","tag-menteri-komunikasi","tag-perniagaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18192","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18192"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18192\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18194,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18192\/revisions\/18194"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18193"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18192"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18192"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18192"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18192"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}