{"id":18195,"date":"2026-11-19T18:26:51","date_gmt":"2026-11-19T18:26:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18195"},"modified":"2026-11-19T18:26:51","modified_gmt":"2026-11-19T18:26:51","slug":"kes-dadah-libat-pegawai-tudm-anwar-mahu-tindakan-tegas-diambil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-dadah-libat-pegawai-tudm-anwar-mahu-tindakan-tegas-diambil\/","title":{"rendered":"Kes dadah libat pegawai TUDM, Anwar mahu tindakan tegas diambil"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk anggota keselamatan dan pegawai tentera, yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah serta rasuah.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kegiatan jenayah membabitkan individu yang sepatutnya menjaga keselamatan negara itu merupakan kesalahan serius dan perlu ditangani tanpa mengira pangkat atau kedudukan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan tindakan tegas mesti diambil bagi memastikan tiada individu dilindungi, termasuk mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana boleh kita harapkan negara ini boleh selamat kalau kita boleh izinkan perkara ini? Jadi apabila kita tanya, dia kata ada yang besar (berpangkat tinggi) pun ambil. Ambil tindakan, jangan kita tolak ansur sekali lagi,\u201d katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026.<\/p>\n<p>Anwar berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin serta kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kes terbaharu membabitkan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).<\/p>\n<p>Kes berkenaan dipercayai melibatkan pegawai berpangkat leftenan dan kapten, juruterbang serta orang awam.<\/p>\n<p>Menurutnya, pihak polis dan tentera memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan siasatan sebelum tindakan diambil terhadap kumpulan yang terbabit.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui tidak mahu proses berkenaan berlarutan sehingga menimbulkan persepsi kerajaan sengaja melengahkan tindakan.<\/p>\n<p>\u201cMereka memerlukan sedikit masa untuk memberikan keterangan penuh tetapi saya kurang sabar.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu ada yang beranggapan sengaja kita lengah. PDRM setelah berbincang dengan pihak angkatan tentera merasakan perlu diambil sedikit masa untuk mengambil tindakan kepada kelompok-kelompok yang terlibat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan tindakan penguatkuasaan tidak sepatutnya dipengaruhi usaha menjaga imej mana-mana jabatan atau institusi.<\/p>\n<p>\u201cBukan hendak selamatkan imej ataupun jabatan. Tidak. Hal ini satu perkara yang serius. Bayangkan, leftenan, kapten dan juga ada orang awam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau memuji tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, yang mengambil tindakan terhadap sindiket penyeludupan dadah dan kumpulan jenayah terancang.<\/p>\n<p>Tindakan itu turut merangkumi rampasan aset bernilai besar serta pembekuan akaun kewangan bagi melumpuhkan operasi sindiket berkenaan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata kerjasama antara polis, tentera dan kementerian berkaitan penting bagi memastikan kegiatan penyeludupan, rasuah serta penyalahgunaan sistem kewangan dapat dibanteras secara menyeluruh.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan usaha menarik pelaburan dan membangunkan ekonomi negara tidak akan membawa manfaat sepenuhnya sekiranya keselamatan negara terus terancam akibat kegiatan jenayah yang berleluasa.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita tidak memberikan dukungan penuh untuk bertindak terhadap penyeludupan, rasuah yang berlaku ini, negara ini tidak terjamin keselamatan.<\/p>\n<p>\u201cKita bekerjalah, menteri, pergilah carilah berpuluh, ratus atau bilion pelaburan, tetapi bocornya kalau berterusan, tidak ada jamin keselamatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penyeludupan dadah yang didakwa membabitkan anggota keselamatan turut menimbulkan kebimbangan terhadap integriti institusi penguatkuasaan negara, khususnya apabila individu yang diamanahkan menjaga keselamatan didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah.<\/p>\n<p>Kerajaan menegaskan tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan tiada pihak kebal daripada undang-undang. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk anggota keselamatan dan pegawai tentera, yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah serta rasuah. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kegiatan jenayah membabitkan individu yang sepatutnya menjaga keselamatan negara itu merupakan kesalahan serius dan perlu ditangani tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Beliau menegaskan tindakan tegas mesti diambil bagi memastikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16205,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,511,3745,930,18,1384],"authors":[],"class_list":["post-18195","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dadah","tag-penyeludupan","tag-pertahanan","tag-pmx","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18195","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18195"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18195\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18196,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18195\/revisions\/18196"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16205"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18195"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18195"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18195"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18195"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}