{"id":18198,"date":"2026-11-19T18:38:28","date_gmt":"2026-11-19T18:38:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18198"},"modified":"2026-11-19T18:38:28","modified_gmt":"2026-11-19T18:38:28","slug":"pelajar-maut-selamat-dikebumikan-fadhlina-hadir-beri-sokongan-kepada-keluarga-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelajar-maut-selamat-dikebumikan-fadhlina-hadir-beri-sokongan-kepada-keluarga-bernama\/","title":{"rendered":"Pelajar maut selamat dikebumikan, Fadhlina hadir beri sokongan kepada keluarga: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pelajar Tingkatan Tiga yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Juasseh, Kuala Pilah pada 10.21 malam tadi.<\/p>\n<p>Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila ahli keluarga, sahabat handai dan sanak saudara hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.<\/p>\n<p>Fadhlina meluangkan masa bertemu keluarga mangsa dan menyampaikan ucapan takziah.<\/p>\n<p>Ibu Allahyarham, Siti Zamira Zolkopli, 45, menyifatkan anaknya sebagai seorang yang baik, mendengar kata serta tidak pernah melawan, selain disenangi rakan-rakan dan guru.<\/p>\n<p>\u201cCikgu-cikgu yang datang turut menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik. Memang semua terkejut dengan pemergiannya,\u201d katanya kepada pemberita selepas pengebumian malam tadi.<\/p>\n<p>Menurutnya, kehilangan anak tersayang itu sukar digambarkan dengan kata-kata, apatah lagi Allahyarham mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor pakar.<\/p>\n<p>\u201cBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap apa, memang tidak terkata,\u201d katanya lapor Bernama.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ketua Polis Perak, Mohd Alwi Zainal Abidin memaklumkan hasil bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping mendapati punca kematian pelajar berkenaan adalah akibat jerutan pada leher.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fadhlina menerusi hantaran di Facebook berkata kehilangan seorang anak pada usia muda adalah dugaan amat berat buat keluarga.<\/p>\n<p>Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan keluarga Allahyarham menerima bantuan dan sokongan psikososial yang diperlukan, termasuk kepada ahli keluarga yang masih bersekolah.<\/p>\n<p>Menurutnya, KPM turut menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh dengan meneliti aspek keselamatan serta pengurusan sekolah berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya berharap semua pihak mengamalkan pelaporan beretika dan bertanggungjawab mengenai insiden ini, menghormati perasaan serta privasi keluarga Allahyarham dan mengelakkan sebarang spekulasi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, KPM akan terus memperkukuh Program Saringan Minda Sihat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi memastikan kesejahteraan mental murid sentiasa diberikan perhatian.<\/p>\n<p>Fadhlina turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mendekati anak-anak, mengambil tahu perubahan emosi mereka serta menyediakan ruang untuk mereka berkongsi masalah tanpa rasa takut.<\/p>\n<p>Insiden itu sekali lagi mengingatkan kepentingan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan mental pelajar, khususnya mereka yang tinggal di asrama jauh daripada keluarga.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hadir memberikan penghormatan terakhir kepada pelajar Tingkatan Tiga yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar, Perak yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Juasseh, Kuala Pilah pada 10.21 malam tadi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu apabila ahli keluarga, sahabat handai dan sanak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18199,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1442,1221,134,975,5725,1239,773,5726,5724],"authors":[],"class_list":["post-18198","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asrama","tag-buli","tag-fadhlina-sidek","tag-kpm","tag-kuala-kangsar","tag-menteri-pendidikan","tag-pelajar","tag-sbp","tag-tingkatan-3"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18198"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18198\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18200,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18198\/revisions\/18200"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18199"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18198"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}