{"id":18204,"date":"2026-11-20T05:17:37","date_gmt":"2026-11-20T05:17:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18204"},"modified":"2026-11-20T05:17:37","modified_gmt":"2026-11-20T05:17:37","slug":"ismail-kekal-mb-negeri-sembilan-tak-hantar-surat-letak-jawatan-seperti-didakwa-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ismail-kekal-mb-negeri-sembilan-tak-hantar-surat-letak-jawatan-seperti-didakwa-bn\/","title":{"rendered":"Ismail kekal MB Negeri Sembilan, tak hantar surat letak jawatan seperti didakwa BN"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim mengesahkan dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir supaya meneruskan tugas bagi memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Ismail berkata, beliau komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, sekali gus menafikan dakwaan mengemukakan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November lalu kepada baginda.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan tidak pernah memberikan persetujuan supaya surat berkenaan diserahkan kepada pihak istana.<\/p>\n<p>&#8220;Saya ingin menjelaskan berhubung laporan mengenai surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang bertarikh 16 November lepas, saya tidak ada mengemukakan mahupun memberikan persetujuan untuk surat tersebut dikemukakan kepada Tuanku Muhriz,&#8221; katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata akan terus menjalankan tugas seperti biasa dengan penuh dedikasi demi kepentingan negeri dan rakyat.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh tiba di Istana Hinggap, Seremban, pada 10.17 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz susulan kemelut politik yang mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menyusul selepas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd Kadir pada 16 November mengumumkan Ismail meletakkan jawatan menerusi surat bertarikh hari sama yang ditujukan kepada Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Zambry ketika itu berkata Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat berkenaan dan akan mengemukakan cadangan calon pengganti kepada baginda.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, dakwaan peletakan jawatan itu dipertikaikan selepas satu laporan media pada 17 November memetik sumber yang menafikan Ismail pernah menyerahkan surat berkenaan kepada pihak istana.<\/p>\n<p>Istana Negeri Sembilan pada hari sama turut memaklumkan kesahihan surat tersebut masih belum disahkan, selain menegaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>Ismail sebelum ini turut menghadap Tuanku Muhriz pada 17 November, manakala laporan media pada 18 November menyebut baginda menitahkan beliau meneruskan tugas seperti biasa.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu selepas BN memenangi 18 daripada 36 kerusi DUN, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.<\/p>\n<p>Keputusan itu membolehkan BN dan gabungan rakan kerajaan membentuk pentadbiran negeri dengan majoriti dua pertiga.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim mengesahkan dititahkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir supaya meneruskan tugas bagi memastikan kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri. Ismail berkata, beliau komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, sekali gus menafikan dakwaan mengemukakan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November lalu kepada baginda. Beliau turut menegaskan tidak pernah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,4644,114,408,1154,3684,4083],"authors":[],"class_list":["post-18204","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-ismail-lasim","tag-letak-jawatan","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-yang-di-pertuan-besar-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18204","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18204"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18204\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18205,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18204\/revisions\/18205"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18204"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18204"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18204"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18204"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}