{"id":18211,"date":"2026-11-20T05:26:20","date_gmt":"2026-11-20T05:26:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18211"},"modified":"2026-11-20T05:26:35","modified_gmt":"2026-11-20T05:26:35","slug":"pas-buka-pintu-kerjasama-bn-tetapi-bukan-ikut-syarat-sebelah-pihak-mohd-amar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-buka-pintu-kerjasama-bn-tetapi-bukan-ikut-syarat-sebelah-pihak-mohd-amar\/","title":{"rendered":"PAS buka pintu kerjasama BN, tetapi bukan ikut syarat sebelah pihak: Mohd Amar"},"content":{"rendered":"<p>PAS menegaskan sebarang kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN), khususnya membabitkan hubungan UMNO-PAS, perlu berasaskan prinsip kesamarataan tanpa mana-mana pihak berhak menentukan syarat atau mendominasi rundingan.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata kerjasama antara kedua-dua parti perlu dibina melalui perbincangan bersama dengan mengambil kira kedudukan serta kekuatan politik masing-masing.<\/p>\n<p>Beliau turut menyokong pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar, yang menegaskan tiada istilah &#8216;Abang Long&#8217; dalam rundingan kerjasama politik antara PN dan BN.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua pihak perlu menghormati kedudukan masing-masing dan tidak menjadikan rundingan sebagai ruang untuk satu parti mengarahkan atau memaksa parti lain menerima sesuatu keputusan.<\/p>\n<p>&#8220;Itulah asas perbincangan kita. Banyak lagi kerusi lain yang boleh dibincangkan kemudian.<\/p>\n<p>&#8220;Kita boleh duduk semeja dan berbincang sesama sendiri. Ia bukan soal satu parti boleh mengarahkan parti lain. Kita tidak mahu bentuk kerjasama seperti itu.<\/p>\n<p>&#8220;Tiada siapa boleh menentukan syarat dalam kerjasama ini. Keputusan perlu dibuat melalui perbincangan bersama yang membabitkan semua pihak,&#8221; katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata kedudukan politik semasa perlu dijadikan asas dalam rundingan, termasuk mengekalkan status quo sebagai pendekatan awal sebelum sebarang keputusan mengenai pembahagian kerusi dibuat.<\/p>\n<p>Pendekatan itu, katanya, boleh mengambil contoh kerjasama yang digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ahmad Samsuri dalam ucapannya pada sambutan ulang tahun ke-70 PAS Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0), menegaskan tiada pihak sepatutnya mengharapkan parti lain melakukan semua pengorbanan atau bertolak ansur dalam rundingan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu memberi gambaran PAS mahu membuka ruang kerjasama lebih tersusun dengan BN, termasuk UMNO, namun menolak pendekatan yang meletakkan mana-mana parti sebagai pihak lebih berkuasa.<\/p>\n<p>Kerjasama politik antara PN dan BN sebelum ini menyaksikan kedua-dua gabungan memperoleh kemenangan dalam tiga PRN tahun ini, bermula di Johor pada Julai, Negeri Sembilan pada Ogos dan Melaka pada 14 November.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menegaskan sebarang kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN), khususnya membabitkan hubungan UMNO-PAS, perlu berasaskan prinsip kesamarataan tanpa mana-mana pihak berhak menentukan syarat atau mendominasi rundingan. Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, berkata kerjasama antara kedua-dua parti perlu dibina melalui perbincangan bersama dengan mengambil kira kedudukan serta kekuatan politik masing-masing. Beliau turut menyokong pendirian Pengerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,1845,824,2178,126,146],"authors":[],"class_list":["post-18211","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-hubungan","tag-kerjasama","tag-mohd-amar-abdullah","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18211","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18211"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18211\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18212,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18211\/revisions\/18212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18211"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18211"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18211"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18211"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}