{"id":18225,"date":"2026-11-20T11:13:49","date_gmt":"2026-11-20T11:13:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18225"},"modified":"2026-11-20T11:13:49","modified_gmt":"2026-11-20T11:13:49","slug":"13-ditahan-tujuh-anggota-tudm-terlibat-sindiket-dadah-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/13-ditahan-tujuh-anggota-tudm-terlibat-sindiket-dadah-laporan\/","title":{"rendered":"13 ditahan, tujuh anggota TUDM terlibat sindiket dadah: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 13 individu termasuk tujuh anggota dan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan yang dipercayai menyalahgunakan kemudahan penerbangan tentera.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, enam lagi individu yang ditahan terdiri daripada orang awam termasuk dua koordinator sindiket yang dipercayai memainkan peranan mengatur pergerakan bahan terlarang berkenaan.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan mengesahkan dua lagi anggota TUDM ditahan dalam operasi terbaharu di pangkalan TUDM Tawau, Sabah.<\/p>\n<p>Kedua-dua suspek masing-masing berpangkat koperal berusia 28 tahun dan Pegawai Waran II berusia 48 tahun, kini direman bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>&#8220;Dua individu yang direman itu adalah tangkapan terbaharu yang dibuat di TUDM Tawau.<\/p>\n<p>&#8220;Jumlah keseluruhan anggota TUDM ditahan kini tujuh orang,&#8221; katanya ketika dihubungi.<\/p>\n<p>Kesemua tangkapan dilakukan menerusi beberapa operasi di sekitar Lembah Klang, Labuan dan Sabah susulan siasatan polis terhadap kegiatan sindiket yang dipercayai menggunakan kemudahan penerbangan ketenteraan untuk menyeludup dadah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah.<\/p>\n<p>Siasatan JSJN sebelum ini membawa kepada rampasan sebanyak 96.64 kilogram (kg) dadah jenis syabu atau methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM4.83 juta.<\/p>\n<p>Polis percaya sindiket berkenaan mengeksploitasi akses kepada kemudahan penerbangan tentera bagi membawa masuk dadah merentasi Laut China Selatan, sekali gus mengelak pemeriksaan keselamatan biasa di lapangan terbang.<\/p>\n<p>Sabah dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum bahan terlarang itu diseludup ke negara jiran termasuk Indonesia dan Filipina.<\/p>\n<p>Siasatan kini tertumpu kepada usaha mengenal pasti dalang utama serta rangkaian lebih besar yang mengendalikan kegiatan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 13 individu termasuk tujuh anggota dan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan yang dipercayai menyalahgunakan kemudahan penerbangan tentera. Daripada jumlah itu, enam lagi individu yang ditahan terdiri daripada orang awam termasuk dua koordinator sindiket yang dipercayai memainkan peranan mengatur pergerakan bahan terlarang berkenaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1213,511,920,4713,3207,1581,1384],"authors":[],"class_list":["post-18225","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukit-aman","tag-dadah","tag-hussein-omar-khan","tag-jsjn","tag-narkotik","tag-seludup","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18225","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18225"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18225\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18226,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18225\/revisions\/18226"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18225"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18225"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18225"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18225"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}