{"id":18227,"date":"2026-11-20T11:22:03","date_gmt":"2026-11-20T11:22:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18227"},"modified":"2026-11-20T11:22:03","modified_gmt":"2026-11-20T11:22:03","slug":"istana-negeri-sembilan-ismail-perlu-buktikan-sokongan-majoriti-untuk-kekal-mb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/istana-negeri-sembilan-ismail-perlu-buktikan-sokongan-majoriti-untuk-kekal-mb\/","title":{"rendered":"Istana Negeri Sembilan: Ismail perlu buktikan sokongan majoriti untuk kekal MB"},"content":{"rendered":"<p>Ismail Lasim perlu membuktikan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekiranya mahu terus kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Istana Negeri Sembilan menegaskan perkara itu perlu diselesaikan mengikut konvensyen serta peruntukan Perlembagaan Negeri Sembilan, dan menolak dakwaan pihak istana meminta Ismail terus memegang jawatan berkenaan.<\/p>\n<p>Pengelola Bijaya Diraja, Azizi Mohamad Ali berkata, perkara itu antara isu yang dibincangkan ketika Ismail menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, pagi ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, Ismail memaklumkan kepada Tuanku Muhriz beliau tidak pernah menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 16 November lalu atau memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menyerahkannya kepada istana.<\/p>\n<p>Perkara sama turut ditegaskan Ismail dalam sidang media selepas pertemuan berkenaan.<\/p>\n<p>Azizi berkata, pihak istana sebelum ini sudah menjelaskan pada 17 November lalu bahawa peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>\u201cPihak istana tidak meminta beliau kekal sebagai Menteri Besar. Oleh kerana beliau sendiri menyatakan tidak meletak jawatan, maka adalah tidak tepat dan tidak berasas dari segi fakta untuk mengatakan pihak istana mahu beliau kekal dalam jawatan itu.<\/p>\n<p>\u201cPihak istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan, dan Ismail Lasim mesti membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Selain membuktikan sokongan majoriti, Ismail juga perlu mengemukakan senarai cadangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk pertimbangan Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Azizi berkata, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan akan ditentukan mengikut peruntukan perlembagaan selepas semua perkara berbangkit diselesaikan.<\/p>\n<p>Terdahulu, Ismail berkata Tuanku Muhriz menitahkan beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Kontroversi kedudukan Menteri Besar itu tercetus pada 16 November lalu apabila Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail telah meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>Zambry mendakwa Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan yang dikatakan dialamatkan kepada Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ismail menafikan menyerahkan surat berkenaan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukan sebenar kepimpinan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu ini menunjukkan kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar masih memerlukan penyelesaian dari sudut sokongan majoriti dan proses perlembagaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ismail Lasim perlu membuktikan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sekiranya mahu terus kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Istana Negeri Sembilan menegaskan perkara itu perlu diselesaikan mengikut konvensyen serta peruntukan Perlembagaan Negeri Sembilan, dan menolak dakwaan pihak istana meminta Ismail terus memegang jawatan berkenaan. Pengelola Bijaya Diraja, Azizi Mohamad Ali berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,4644,883,408,1154,3684],"authors":[],"class_list":["post-18227","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-ismail-lasim","tag-majoriti","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18227","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18227"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18227\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18228,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18227\/revisions\/18228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18227"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}