{"id":1823,"date":"2025-07-26T09:08:27","date_gmt":"2025-07-26T09:08:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1823"},"modified":"2025-07-26T09:08:27","modified_gmt":"2025-07-26T09:08:27","slug":"harga-minyak-elektrik-sudah-turun-kenapa-masih-nak-anwar-turun-lagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/harga-minyak-elektrik-sudah-turun-kenapa-masih-nak-anwar-turun-lagi\/","title":{"rendered":"Harga minyak, elektrik sudah turun\u2026 Kenapa masih nak Anwar turun lagi?"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan komited dengan prinsip Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara rakyat negara ini, kata Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri berkata atas prinsip itu, pihaknya tidak terlalu memberi tumpuan kepada perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini.<\/p>\n<p>\u201cBila mahkamah kata tak perlu maklumkan kepada polis, kita ikut\u2026mereka minta (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) turun, Anwar dah turunkan harga minyak. Mereka minta Anwar turun, Anwar turunkan tarif elektrik. Masih nak turun lagi?<\/p>\n<p>\u201cTapi isu pokok yang saya nak sebut ialah kalau pembangkang betul-betul menghormati prinsip demokrasi, saya nak lontarkan dua soalan, mereka hendak lakukan di luar Parlimen atau di dalam Parlimen?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Temu Duga Kanak-kanak (CIC) Kontinjen Kedah di Alor Setar hari ini.<\/p>\n<p>Saifuddin Nasution berkata jika sebarang tuntutan terhadap kerajaan dibuat di luar Parlimen seperti melakukan perhimpunan, ia tidak akan memberi apa-apa kesan.<\/p>\n<p>\u201cDalam Parlimen, Perdana Menteri dah buka seluas-luasnya peluang dan pembangkang boleh buat usul undi tak percaya.<\/p>\n<p>\u201cDalam kes ini, Perdana Menteri kata usul pembangkang akan didahulukan, urusan kerajaan akan ditangguh dulu. Tapi sidang Parlimen dah lima hari, sunyi sepi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Saifuddin Nasution berkata jika pihak pembangkang memahami proses demokrasi dan mahu menggunakan jalur demokrasi untuk menjatuhkan seseorang, ia sepatutnya melalui Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cYang ada, riuh rendah kat luar nak berkumpul. Jadi, rakyat boleh tengok sekarang ini, nak pegang prinsip demokrasi atau sebenarnya nak wujudkan keresahan?<\/p>\n<p>\u201cNak paparkan wajah hodoh, nak bagi isyarat buruk kepada potensi pelabur, ketika ekonomi sedang mula bergerak ke arah yang lebih baik,\u201d katanya. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan komited dengan prinsip Perlembagaan yang menjamin kebebasan bersuara rakyat negara ini, kata Saifuddin Nasution Ismail. Menteri Dalam Negeri berkata atas prinsip itu, pihaknya tidak terlalu memberi tumpuan kepada perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini. \u201cBila mahkamah kata tak perlu maklumkan kepada polis, kita ikut\u2026mereka minta (Perdana Menteri Anwar Ibrahim) turun, Anwar dah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,638,236,74,111,829],"authors":[],"class_list":["post-1823","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-elektrik","tag-himpunan","tag-minyak","tag-saifuddin-nasution","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1823","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1823"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1823\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1825,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1823\/revisions\/1825"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1823"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}