{"id":18251,"date":"2026-11-21T04:28:56","date_gmt":"2026-11-21T04:28:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18251"},"modified":"2026-11-21T04:28:56","modified_gmt":"2026-11-21T04:28:56","slug":"khoo-poay-tiong-mohon-maaf-isu-arahan-tutup-premis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/khoo-poay-tiong-mohon-maaf-isu-arahan-tutup-premis\/","title":{"rendered":"Khoo Poay Tiong mohon maaf isu arahan tutup premis"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang mempertikaikan arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat.<\/p>\n<p>Pengerusi DAP Melaka itu mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pemilihan kata-kata dan nada dalam hantaran berkenaan tidak mencerminkan sensitiviti yang sepatutnya diberikan terhadap isu berkaitan agama.<\/p>\n<p>\u201cPemilihan kata-kata dan nada hantaran berkenaan telah menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin menjelaskan yang saya amat menghormati agama Islam, amalan solat Jumaat serta hak umat Islam untuk menunaikan tuntutan agama mereka. Saya sama sekali tidak berniat untuk mempertikaikan atau memperkecilkan kepentingan ibadah tersebut,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Khoo mengkritik arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang melarang aktiviti perniagaan dan hiburan sepanjang waktu solat Jumaat.<\/p>\n<p>Isu itu mencetuskan perhatian apabila kenyataannya menyentuh pelaksanaan peraturan pihak berkuasa tempatan berkaitan penghormatan terhadap ibadah umat Islam.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Khoo berkata sebagai wakil rakyat dan pemimpin, beliau sepatutnya lebih berhati-hati serta bertanggungjawab ketika menyampaikan pandangan, terutama apabila membabitkan agama dan sensitiviti masyarakat majmuk.<\/p>\n<p>Beliau turut menerima segala teguran dan kritikan yang diberikan serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya menerima teguran dan kritikan yang diberikan dengan hati terbuka. Saya juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekhilafan dalam penyampaian tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung atau terluka dengan hantaran saya. Saya akan mengambil iktibar daripada perkara ini dan lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Khoo sekali lagi menegaskan permohonan maaf itu dibuat dengan penuh keikhlasan susulan kontroversi yang timbul.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang mempertikaikan arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat. Pengerusi DAP Melaka itu mengakui terdapat kelemahan dalam cara beliau menyampaikan pandangan sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat, khususnya umat Islam. Beliau berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10284,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5742,63,5745,2986,5743,1375,5744],"authors":[],"class_list":["post-18251","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen-kota-melaka","tag-dap","tag-jumaat","tag-khoo-poay-tiong","tag-majlis-bandaraya-kuala-terengganu","tag-mohon-maaf","tag-solat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18251","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18251"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18251\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18252,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18251\/revisions\/18252"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10284"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18251"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18251"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18251"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18251"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}