{"id":18253,"date":"2026-11-21T04:32:16","date_gmt":"2026-11-21T04:32:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18253"},"modified":"2026-11-21T04:32:16","modified_gmt":"2026-11-21T04:32:16","slug":"kenyataan-khoo-poay-tiong-boleh-jejaskan-sokongan-melayu-kepada-dap-kian-ming","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kenyataan-khoo-poay-tiong-boleh-jejaskan-sokongan-melayu-kepada-dap-kian-ming\/","title":{"rendered":"Kenyataan Khoo Poay Tiong boleh jejaskan sokongan Melayu kepada DAP: Kian Ming"},"content":{"rendered":"<p>DAP berdepan risiko kehilangan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) susulan kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berpandangan kontroversi itu berpotensi menjejaskan peluang DAP mempertahankan beberapa kerusi Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar, termasuk Bangi, Bentong dan Raub.<\/p>\n<p>Beliau berkata, DAP perlu mengambil serius kesan kenyataan berkenaan kerana ia boleh mempengaruhi persepsi pengundi Melayu terhadap parti itu menjelang PRU-16.<\/p>\n<p>Mengambil contoh Parlimen Bangi, Kian Ming bimbang pengundi Melayu lebih mengingati kenyataan Khoo berbanding khidmat dan sumbangan Ahli Parlimen kawasan itu, Syahredzan Johan.<\/p>\n<p>Malah, beliau berpandangan DAP berisiko kehilangan kerusi berkenaan sekiranya Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon Melayu yang sederhana dan inklusif untuk mencabar Syahredzan.<\/p>\n<p>\u201cSedih melihat kerja keras yang dilakukan Syahredzan dan pasukannya terjejas akibat tindakan dan kenyataan bodoh seperti provokasi yang dilakukan Khoo,\u201d katanya menerusi hantaran di platform X.<\/p>\n<p>Menurut Kian Ming, kesan kontroversi itu tidak terhad kepada Bangi, sebaliknya boleh merebak ke kawasan lain yang mempunyai komposisi pengundi Melayu yang besar.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan permohonan maaf Khoo sebagai sesuatu yang tidak semestinya mampu memulihkan persepsi negatif yang sudah terbentuk dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cIni satu lagi contoh DAP yang menembak kakinya sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Khoo menerima kecaman pengguna media sosial serta beberapa pemimpin politik daripada pelbagai parti, termasuk Pemangku Ketua PKR Melaka, Adam Adli, susulan hantaran yang mengkritik arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu pada setiap Jumaat bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Khoo kemudian memohon maaf dan mengakui pemilihan perkataan serta nada yang digunakan dalam kenyataannya telah menimbulkan salah faham dan menyinggung perasaan umat Islam.<\/p>\n<p>Kontroversi itu sekali lagi meletakkan cabaran DAP dalam usaha memperkukuh sokongan pengundi Melayu sebagai antara isu penting menjelang PRU16, khususnya di kawasan campuran yang memerlukan sokongan merentas kaum untuk mempertahankan kemenangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP berdepan risiko kehilangan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) susulan kontroversi kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung arahan penutupan sementara premis perniagaan di Terengganu bagi memberi laluan kepada solat Jumaat. Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berpandangan kontroversi itu berpotensi menjejaskan peluang DAP mempertahankan beberapa kerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18254,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5742,63,5746,2986,10,101,882],"authors":[],"class_list":["post-18253","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli-parlimen-kota-melaka","tag-dap","tag-dr-ong-kian-ming","tag-khoo-poay-tiong","tag-melayu","tag-pru-16","tag-sokongan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18253"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18255,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18253\/revisions\/18255"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18253"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}