{"id":18256,"date":"2026-11-21T04:39:04","date_gmt":"2026-11-21T04:39:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18256"},"modified":"2026-11-21T04:39:04","modified_gmt":"2026-11-21T04:39:04","slug":"kemelut-negeri-sembilan-ph-tunggu-ismail-buktikan-majoriti-patuh-titah-tuanku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-negeri-sembilan-ph-tunggu-ismail-buktikan-majoriti-patuh-titah-tuanku\/","title":{"rendered":"Kemelut Negeri Sembilan: PH tunggu Ismail buktikan majoriti, patuh titah Tuanku"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menegaskan pendiriannya tidak menyokong Ismail Lasim untuk terus memegang jawatan Menteri Besar, sebaliknya mahu beliau membuktikan mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seperti ditetapkan Istana Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, pendirian 11 ADUN PH adalah jelas, iaitu menghormati ketetapan istana dalam menyelesaikan kemelut politik dan pentadbiran negeri ketika ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, kenyataan Istana Negeri Sembilan sebelum ini menjelaskan seseorang yang dilantik sebagai Menteri Besar perlu membuktikan mendapat sokongan majoriti ADUN bagi memastikan pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lancar.<\/p>\n<p>&#8220;Ini bukan bermaksud kita (PH) menyokong Ismail Lasim, tetapi pendirian kita jelas berpandukan ketetapan istana bahawa seseorang Menteri Besar perlu membuktikan majoriti yang ada padanya,&#8221; katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Beliau yang juga ADUN Nilai berkata, kestabilan pentadbiran negeri perlu diberikan keutamaan kerana ketidaktentuan politik boleh memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Negeri ini perlu ditadbir dan diuruskan dengan baik. Jika tiada kerajaan yang sempurna mentadbir, ia memberi impak kepada ekonomi dan rakyat apabila banyak masalah berlaku serta tidak dapat diselesaikan dengan baik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Ismail, 67, sebelum ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ADUN Juasseh itu perlu mendapatkan sokongan majoriti ADUN bagi membolehkan beliau terus memegang jawatan berkenaan.<\/p>\n<p>Pengelola Bijaya Diraja, Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan sebelum ini turut menjelaskan dakwaan Istana Negeri Sembilan mahu Ismail kekal sebagai Menteri Besar adalah tidak tepat kerana beliau sendiri belum meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>Istana Negeri Sembilan juga menegaskan segala tindakan berkaitan kemelut berkenaan akan dibuat berdasarkan konvensyen dan peruntukan Perlembagaan.<\/p>\n<p>Arul Kumar turut berpandangan Ismail perlu terlebih dahulu melantik barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang mendapat perkenan Tuanku Muhriz sebelum membuktikan sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Perkembangan itu menyaksikan kedudukan pentadbiran Negeri Sembilan masih bergantung kepada keupayaan Ismail mendapatkan sokongan mencukupi dalam kalangan ADUN bagi memastikan kerajaan negeri dapat berfungsi dengan stabil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menegaskan pendiriannya tidak menyokong Ismail Lasim untuk terus memegang jawatan Menteri Besar, sebaliknya mahu beliau membuktikan mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) seperti ditetapkan Istana Negeri Sembilan. Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, pendirian 11 ADUN PH adalah jelas, iaitu menghormati ketetapan istana dalam menyelesaikan kemelut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4644,5121,408,1154,727,1055,347],"authors":[],"class_list":["post-18256","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ismail-lasim","tag-j-arul-kumar","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-pembangkang","tag-ph"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18256","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18256"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18256\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18257,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18256\/revisions\/18257"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18256"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}