{"id":18258,"date":"2026-11-21T04:44:14","date_gmt":"2026-11-21T04:44:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18258"},"modified":"2026-11-21T04:44:14","modified_gmt":"2026-11-21T04:44:14","slug":"jangan-pertahan-pemimpin-rasuah-kerana-sebangsa-mat-sabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-pertahan-pemimpin-rasuah-kerana-sebangsa-mat-sabu\/","title":{"rendered":"Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu"},"content":{"rendered":"<p>Orang Melayu diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan slogan penyatuan Melayu yang digunakan pihak tertentu demi meraih sokongan politik dan mempertahankan kepentingan kelompok masing-masing.<\/p>\n<p>Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berkata, setiap seruan penyatuan bangsa perlu dinilai berdasarkan kejujuran perjuangan serta akhlak pemimpin yang membawanya, bukannya semata-mata menggunakan sentimen bangsa dan agama.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kebanggaan terhadap bangsa Melayu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertahankan pemimpin yang terpalit dengan rasuah atau salah guna kuasa.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mengajak orang Melayu agar tidak terpedaya dengan slogan penyatuan Melayu yang palsu.<\/p>\n<p>&#8220;Ukurlah setiap seruan itu pada kejujuran perjuangannya dan akhlak pemimpinnya,&#8221; katanya ketika menyampaikan pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional Amanah di Dewan Raja Muda Musa, hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, prinsip keadilan dan kebenaran perlu diutamakan tanpa mengira kedudukan, pangkat atau latar belakang seseorang.<\/p>\n<p>Mengambil pengajaran daripada kisah Rasulullah SAW, Mohamad menegaskan kebenaran mesti dipertahankan walaupun berdepan tekanan atau tidak disenangi pihak tertentu.<\/p>\n<p>&#8220;Kita sebagai orang Melayu mesti tegas berprinsip, kebenaran tetap kebenaran walaupun ia pahit,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengkritik pihak yang menggunakan sentimen Melayu dan Islam untuk membangkitkan kebencian terhadap kaum lain, selain mencaci serta memfitnah pihak yang mempunyai pandangan berbeza.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan sedemikian bukan mencerminkan penyatuan bangsa, sebaliknya hanya menjadi strategi politik untuk mendapatkan kuasa dan mengkayakan kelompok tertentu.<\/p>\n<p>&#8220;Apakah ini penyatuan bangsa yang kita inginkan? Ini bukan penyatuan bangsa. Ini hanyalah jalan untuk memenangi sokongan bagi mendapatkan kuasa dan meneruskan agenda memperkayakan kelompok mereka dengan menyapu harta negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Mohamad berkata, penyatuan Melayu yang sebenar perlu berasaskan usaha meningkatkan martabat bangsa, memperkukuh amanah serta membela kepentingan rakyat tanpa mengetepikan kaum lain.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan orang Melayu berhak mendapat kepimpinan yang jujur, cekap dan berani memikul tanggungjawab.<\/p>\n<p>Menurutnya, kecintaan terhadap bangsa perlu diterjemahkan melalui pembangunan ilmu, pengukuhan ekonomi dan usaha memelihara maruah masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Maruah Melayu terangkat apabila pemimpinnya menolak rasuah, institusinya ditadbir dengan amanah dan rakyatnya mampu berdiri dengan bermaruah.<\/p>\n<p>&#8220;Marilah kita satukan orang Melayu atas kebenaran dan keadilan, serta bersama seluruh rakyat membina Malaysia yang makmur dan dihormati,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang Melayu diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan slogan penyatuan Melayu yang digunakan pihak tertentu demi meraih sokongan politik dan mempertahankan kepentingan kelompok masing-masing. Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berkata, setiap seruan penyatuan bangsa perlu dinilai berdasarkan kejujuran perjuangan serta akhlak pemimpin yang membawanya, bukannya semata-mata menggunakan sentimen bangsa dan agama. Beliau berkata, kebanggaan terhadap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,13,10,2345,811,2355,18,24,1115,1923],"authors":[],"class_list":["post-18258","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-anwar","tag-melayu","tag-mohamad-sabu","tag-najib-razak","tag-parti-amanah","tag-pmx","tag-rasuah","tag-rumah","tag-tahanan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18258","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18258"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18258\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18259,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18258\/revisions\/18259"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18258"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}