{"id":1826,"date":"2025-07-26T12:35:46","date_gmt":"2025-07-26T12:35:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1826"},"modified":"2025-07-26T12:35:46","modified_gmt":"2025-07-26T12:35:46","slug":"ahli-umno-sertai-himpunan-turun-anwar-akan-disiasat-mat-maslan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-umno-sertai-himpunan-turun-anwar-akan-disiasat-mat-maslan\/","title":{"rendered":"Ahli UMNO sertai himpunan \u2018Turun Anwar\u2019 akan disiasat: Mat Maslan"},"content":{"rendered":"<p>Siasatan akan dijalankan UMNO bagi mengenal pasti jika terdapat ahlinya yang menyertai dan terlibat dalam perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 yang diadakan di ibu negara pada Sabtu.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ahmad Maslan berkata siasatan akan dijalankan bagi melihat bukti dan kesahihan jika terdapat ahli parti itu terlibat dalam himpunan yang dianjurkan pembangkang itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya kena semak balik dan tentunya Pejabat UMNO akan meneliti serta membuat apa-apa keputusan. Kita tunggu laporan,\u201d katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai hari ini.<\/p>\n<p>Beliau memberi contoh bagaimana maklumat awal yang tersebar berkait insiden kemalangan membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik yang kononnya berpunca daripada jalan berlubang dan tayar pecah, akhirnya terbukti tidak benar selepas siasatan lanjut dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cSama juga dalam hal ini. Kita kena pastikan (sama ada ada atau tidak orang UMNO terlibat). Tidak boleh buat keputusan tanpa semakan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai perhimpunan tersebut, Timbalan Menteri Kerja Raya itu menegaskan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim kini berada dalam keadaan stabil dengan sokongan majoriti 153 ahli Parlimen \u2013 jumlah terbesar sejak era Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.<\/p>\n<p>\u201cKalau sokongan setakat 113 kerusi, mungkin orang boleh persoal, tetapi ini 153. Kalau 10 orang lari pun masih ada 143. Jadi apa sebab perlu turunkan Perdana Menteri? Sokongan kuat, ekonomi pun sedang menunjukkan perkembangan yang baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan tindakan mengadakan perhimpunan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri hanya mencalarkan imej negara di peringkat antarabangsa, seolah-olah Malaysia sedang bergolak.<\/p>\n<p>\u201cBukannya Perdana Menteri tidak berbuat sesuatu. Beliau sudah pun melaksanakan banyak perkara termasuk janji-janji dalam ucapannya untuk menurunkan harga minyak dan kadar tarif elektrik. Hanya ada satu dua sahajalah lagi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siasatan akan dijalankan UMNO bagi mengenal pasti jika terdapat ahlinya yang menyertai dan terlibat dalam perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 yang diadakan di ibu negara pada Sabtu. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ahmad Maslan berkata siasatan akan dijalankan bagi melihat bukti dan kesahihan jika terdapat ahli parti itu terlibat dalam himpunan yang dianjurkan pembangkang itu. \u201cSaya kena [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1789,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[277,354,236,829,146],"authors":[],"class_list":["post-1826","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli","tag-ahmad-maslan","tag-himpunan","tag-turun-anwar","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1826","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1826"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1826\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1827,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1826\/revisions\/1827"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1826"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1826"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1826"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1826"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}