{"id":18264,"date":"2026-11-21T14:41:10","date_gmt":"2026-11-21T14:41:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18264"},"modified":"2026-11-21T14:41:10","modified_gmt":"2026-11-21T14:41:10","slug":"amanah-buka-pintu-bersatu-sedia-teliti-kerjasama-baharu-azmin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-buka-pintu-bersatu-sedia-teliti-kerjasama-baharu-azmin\/","title":{"rendered":"Amanah buka pintu, Bersatu sedia teliti kerjasama baharu: Azmin"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu terbuka untuk meneliti cadangan Amanah supaya Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama lebih luas dengan parti-parti Melayu, termasuk Bersatu, bagi membentuk jajaran politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Bersatu, Mohamad Azmin Ali berkata, cadangan dikemukakan Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil itu akan dibawa kepada pimpinan tertinggi parti untuk diperhalusi sebelum sebarang keputusan dibuat.<\/p>\n<p>Katanya, Bersatu terlebih dahulu perlu mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai cadangan berkenaan sebelum menentukan langkah seterusnya.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat jajaran baru ini ialah untuk membuka peluang kepada rakyat membuat pilihan yang terbaik, menyasarkan prestasi, politik nilai, politik khidmat dan politik prihatin kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin perkara ini akan dibincangkan dengan cukup teliti dan meletakkan kepentingan negara serta rakyat untuk masa depan yang lebih terjamin,\u201d katanya ketika ditemui pada Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam, hari ini.<\/p>\n<p>Azmin berkata, beliau menghadiri konvensyen itu atas arahan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bersama Ketua Pemuda Bersatu, Hilman Idham.<\/p>\n<p>Cadangan membuka &#8216;khemah besar&#8217; itu dibangkitkan Faiz ketika berucap pada Konvensyen Pemuda Amanah di Sepang, semalam.<\/p>\n<p>Faiz berpandangan PH perlu merangkul lebih banyak parti berteraskan Melayu bagi meningkatkan sokongan pengundi Melayu, terutama apabila prestasi kerajaan dalam aspek ekonomi dan pentadbiran masih belum diterjemahkan sepenuhnya kepada sokongan politik.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan sekarang, kita perlu membuka khemah besar. Kita perlu merangkul parti-parti Melayu untuk memastikan sokongan orang Melayu kepada PH dapat ditingkatkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjadikan pengalaman PRU-14 pada 2018 sebagai contoh, apabila penyertaan Bersatu dalam PH membantu gabungan itu memperoleh sokongan lebih besar daripada pengundi Melayu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kerjasama itu tidak bertahan lama apabila Bersatu meninggalkan PH menerusi Langkah Sheraton pada Februari 2020, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan pimpinan gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Bersatu kemudiannya bekerjasama dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN), namun hubungan dalam gabungan itu turut berdepan ketegangan susulan perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>Cadangan Amanah itu hadir selepas parti berkenaan mengalami kekalahan menyeluruh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November lalu apabila tewas di kesemua tujuh kerusi yang ditandingi.<\/p>\n<p>Antara kekalahan paling ketara ialah di Bukit Katil apabila penyandangnya, Adly Zahari tewas kepada calon PAS, Ridzuan Sarif dengan majoriti 6,607 undi.<\/p>\n<p>Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama politik setakat ini masih berlangsung secara tidak formal dan belum menghasilkan sebarang keputusan.<\/p>\n<p>Bersatu sebelum ini turut mengesahkan sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa parti bagi meneroka kemungkinan membentuk jajaran politik baharu menjelang PRU-16.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berasingan, Azmin berkata belum ada perkembangan baharu berhubung rundingan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara Bersatu dengan kerajaan Selangor.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau menegaskan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu menyokong Belanjawan Selangor 2027 berjumlah RM3.3 bilion yang dibentangkan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cKita mahu saiz RM3.3 bilion itu diterjemahkan kepada tindakan yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat, termasuk menangani krisis banjir akibat perubahan cuaca.<\/p>\n<p>\u201cItulah pendirian Bersatu yang konsisten walaupun tanpa CSA, kerana kepentingan rakyat negeri itu menjadi keutamaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azmin sebelum ini mengemukakan cadangan CSA kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk membolehkan 11 ADUN Bersatu menyokong kerajaan negeri secara blok, meskipun kekal sebagai pembangkang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu terbuka untuk meneliti cadangan Amanah supaya Pakatan Harapan (PH) membuka ruang kerjasama lebih luas dengan parti-parti Melayu, termasuk Bersatu, bagi membentuk jajaran politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Setiausaha Agung Bersatu, Mohamad Azmin Ali berkata, cadangan dikemukakan Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil itu akan dibawa kepada pimpinan tertinggi parti untuk diperhalusi sebelum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,73,278,824,5748,5747,101],"authors":[],"class_list":["post-18264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-bersatu","tag-faiz-fadzil","tag-kerjasama","tag-khemah","tag-mohamad-azmin-ali","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18264"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18265,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18264\/revisions\/18265"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18264"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}