{"id":18266,"date":"2026-11-21T14:43:35","date_gmt":"2026-11-21T14:43:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18266"},"modified":"2026-11-21T14:43:35","modified_gmt":"2026-11-21T14:43:35","slug":"polis-siasat-laporan-berhubung-surat-peletakan-jawatan-ismail","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-siasat-laporan-berhubung-surat-peletakan-jawatan-ismail\/","title":{"rendered":"Polis siasat laporan berhubung surat peletakan jawatan Ismail"},"content":{"rendered":"<p>Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang didakwa diserahkan kepada istana tanpa persetujuan beliau.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit kira-kira pukul 9.55 pagi tadi.<\/p>\n<p>Menurutnya, pengadu membuat laporan berdasarkan maklumat daripada laporan media serta beberapa kenyataan berkaitan kemelut politik di Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Malah, pengadu turut meminta polis meneliti kemungkinan wujud kaitan antara isu surat peletakan jawatan itu dengan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, difahamkan pengadu mengakui tidak mempunyai sebarang bukti langsung bagi mengesahkan dakwaan konspirasi tersebut,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Azwan berkata, pengadu juga tidak mempunyai bukti yang menunjukkan pihak sama terbabit dalam kedua-dua isu berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan laporan itu dibuat bagi memohon siasatan lanjut berdasarkan syak wasangka pengadu susulan maklumat yang diperolehnya.<\/p>\n<p>Semalam, Ismail menegaskan beliau tidak pernah mengemukakan atau memberikan persetujuan terhadap surat peletakan jawatan yang didakwa diserahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>Perkara itu turut disahkan Istana Negeri Sembilan menerusi kenyataan Pengelola Bijaya Diraja selepas Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd. Kadir pada 16 November lalu memaklumkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pihak istana pada keesokan harinya memaklumkan ketulenan surat berkenaan yang dihantar pada pukul 12.16 tengah malam masih belum disahkan.<\/p>\n<p>Isu tersebut terus mencetuskan persoalan mengenai kedudukan kepimpinan kerajaan negeri ketika kemelut politik Negeri Sembilan menjadi perhatian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim yang didakwa diserahkan kepada istana tanpa persetujuan beliau. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit kira-kira pukul 9.55 pagi tadi. Menurutnya, pengadu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5750,4644,5749,1154,551,4088],"authors":[],"class_list":["post-18266","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asisten-komisioner-ahmad-azwan-amin-nordin","tag-ismail-lasim","tag-ketua-polis-daerah-dang-wangi","tag-negeri-sembilan","tag-siasat","tag-yang-di-pertuan-besar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18266","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18266"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18266\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18267,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18266\/revisions\/18267"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18266"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18266"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18266"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18266"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}