{"id":18268,"date":"2026-11-21T14:51:44","date_gmt":"2026-11-21T14:51:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18268"},"modified":"2026-11-21T14:51:44","modified_gmt":"2026-11-21T14:51:44","slug":"pas-tidak-berhasrat-sertai-ph-untuk-hadapi-pru-16-idris-ahmad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-tidak-berhasrat-sertai-ph-untuk-hadapi-pru-16-idris-ahmad\/","title":{"rendered":"PAS tidak berhasrat sertai PH untuk hadapi PRU-16: Idris Ahmad"},"content":{"rendered":"<p>PAS menegaskan tiada sebarang agenda untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) atau memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, seperti digesa beberapa pihak sebelum ini.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Tertinggi parti pada 15 November lalu mahupun Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 17 November.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh dan menambah baik kerjasama antara PAS, Perikatan Nasional (PN) serta Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Kenyataan itu dipercayai sebagai respons kepada Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang sebelum ini menggesa PAS menamatkan kerjasama dengan UMNO dan beralih menyokong kerajaan pimpinan Anwar.<\/p>\n<p>Idris menyifatkan gesaan berkenaan sebagai antara perkara paling menghiburkan dalam perkembangan politik minggu ini.<\/p>\n<p>&#8220;Insya-ALLAH PAS yakin berada di landasan yang betul dan akan terus istiqamah. Bukan sekadar mencari tempat dalam kerajaan, tetapi berusaha membawa perubahan dan memenuhi harapan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak mahu mengecewakan harapan majoriti rakyat, khususnya orang Melayu dan Islam yang mengharapkan kepimpinan yang mampu mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara,&#8221; katanya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan PAS bukan sebuah parti yang mudah mengubah pendirian hanya kerana menerima pelawaan atau tawaran kerjasama politik daripada pihak tertentu.<\/p>\n<p>Menurutnya, setiap keputusan berkaitan kerjasama politik perlu mengambil kira kepentingan agama, rakyat dan negara, selain berpandukan dasar serta prinsip perjuangan parti.<\/p>\n<p>Idris turut mendakwa perkembangan politik semasa menunjukkan gelombang kebangkitan rakyat yang memerlukan kerjasama lebih erat antara parti-parti politik Melayu.<\/p>\n<p>&#8220;Yang menariknya, dalam suasana seperti ini, tiba-tiba PAS diajak menyertai PH dan meninggalkan kerjasama dengan UMNO, ketika pengaruh PH semakin kurus,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan prestasi PKR dan Amanah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai gambaran perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Khalid menyambut baik cadangan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rosli Yaakop supaya PAS menyokong Anwar dan PH, selain meninggalkan kerjasama dengan UMNO.<\/p>\n<p>Perkembangan itu memperlihatkan perbezaan pendirian antara pemimpin parti politik mengenai hala tuju kerjasama Melayu dan pembentukan gabungan politik menjelang PRU-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menegaskan tiada sebarang agenda untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) atau memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, seperti digesa beberapa pihak sebelum ini. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Tertinggi parti pada 15 November lalu mahupun Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 17 November. Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3458,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1758,374,339,727,126,1618,101,146],"authors":[],"class_list":["post-18268","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-idris-ahmad","tag-kerajaan","tag-naib-presiden","tag-pakatan-harapan","tag-pas","tag-perpaduan","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18268","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18268"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18268\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18269,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18268\/revisions\/18269"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3458"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18268"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18268"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18268"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18268"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}