{"id":18276,"date":"2026-11-22T02:23:10","date_gmt":"2026-11-22T02:23:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18276"},"modified":"2026-11-22T02:23:10","modified_gmt":"2026-11-22T02:23:10","slug":"lima-syarikat-bumiputera-berjaya-disenaraikan-di-bursa-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lima-syarikat-bumiputera-berjaya-disenaraikan-di-bursa-malaysia\/","title":{"rendered":"Lima syarikat Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Lima syarikat milik Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh April 2025 hingga September 2026, sekali gus mencerminkan perkembangan positif penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran modal negara.<\/p>\n<p>Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, syarikat terbabit ialah Orkim Bhd yang disenaraikan di Pasaran Utama, manakala SumiSaujana Group Bhd, ELSA Bhd, GTA Holdings Bhd dan United Asiapac Energy Bhd pula memasuki Pasaran ACE.<\/p>\n<p>Menurutnya, pencapaian itu membuktikan perusahaan Bumiputera mempunyai potensi untuk berkembang, menarik pelaburan serta mendapatkan akses kepada pasaran modal yang lebih luas.<\/p>\n<p>\u201cCabaran kita seterusnya adalah untuk memanfaatkan kemajuan ini dengan membolehkan lebih banyak perusahaan Bumiputera berkembang ke skala lebih besar, bersaing dalam industri bernilai lebih tinggi dan menjadi peneraju pasaran,\u201d katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Kepimpinan YP 2026.<\/p>\n<p>Akmal Nasrullah berkata, usaha memperkukuh kedudukan ekonomi Bumiputera turut menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).<\/p>\n<p>Katanya, kedua-dua agenda itu memberi tumpuan kepada peningkatan potensi ekonomi negara, taraf hidup rakyat serta penyertaan, pemilikan dan daya saing Bumiputera dalam ekonomi.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan pembangunan modal insan perlu bergerak seiring dengan pertumbuhan perusahaan dan pembukaan peluang ekonomi supaya bakat Bumiputera dapat diterjemahkan kepada penciptaan nilai.<\/p>\n<p>Dalam hal itu, peranan Yayasan Peneraju, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) dilihat penting dalam membina ekosistem ekonomi Bumiputera yang lebih kukuh.<\/p>\n<p>Yayasan Peneraju berperanan mengenal pasti serta membangunkan bakat berpotensi tinggi dalam bidang profesional, perniagaan dan komuniti.<\/p>\n<p>Teraju pula memberi sokongan kepada pembangunan serta pengembangan perusahaan Bumiputera, manakala Ekuinas membantu melalui pelaburan, transformasi perniagaan dan penciptaan nilai jangka panjang.<\/p>\n<p>Kerjasama ketiga-tiga entiti itu diharap dapat melahirkan lebih banyak syarikat Bumiputera berdaya saing, berkembang ke pasaran lebih besar dan muncul sebagai pemain utama dalam industri masing-masing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lima syarikat milik Bumiputera berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh April 2025 hingga September 2026, sekali gus mencerminkan perkembangan positif penyertaan usahawan Bumiputera dalam pasaran modal negara. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, syarikat terbabit ialah Orkim Bhd yang disenaraikan di Pasaran Utama, manakala SumiSaujana Group Bhd, ELSA Bhd, GTA Holdings Bhd dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":672,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3368,3021,490,1288,173,477,2358],"authors":[],"class_list":["post-18276","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akmal-nasrullah-mohd-nasir","tag-bumiputera","tag-bursa-kl","tag-isu","tag-menteri-ekonomi","tag-saham","tag-senarai"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18276","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18276"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18276\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18277,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18276\/revisions\/18277"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/672"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18276"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18276"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18276"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18276"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}