{"id":18285,"date":"2026-11-22T02:48:57","date_gmt":"2026-11-22T02:48:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18285"},"modified":"2026-11-22T02:48:57","modified_gmt":"2026-11-22T02:48:57","slug":"kes-dadah-tudm-kabinet-akan-bincang-kawalan-keselamatan-pangkalan-udara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-dadah-tudm-kabinet-akan-bincang-kawalan-keselamatan-pangkalan-udara\/","title":{"rendered":"Kes dadah TUDM: Kabinet akan bincang kawalan keselamatan pangkalan udara"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membincangkan langkah memperketat kawalan keselamatan di pangkalan udara tentera dan polis susulan terbongkarnya kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka membawa isu itu ke Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan bagi meneliti keperluan memperluaskan kawalan keselamatan di kawasan pangkalan udara pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan itu timbul susulan kemungkinan wujud kelemahan kawalan di pangkalan udara yang berada di bawah pengurusan pihak tentera dan polis.<\/p>\n<p>Menurutnya, ketika insiden berkenaan berlaku, beliau bersama Perdana Menteri berada di Shenzhen, China sebelum Anwar membangkitkan keperluan menilai semula skop kawalan keselamatan pintu keluar masuk negara.<\/p>\n<p>&#8220;Perdana Menteri ada cadangan dan beliau akan bawa pada Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan khusus untuk membincangkan isu ini,&#8221; katanya selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Kampung Paya Besar, Lunas, malam tadi.<\/p>\n<p>Saifuddin berkata, ketika ini kawalan keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) lebih tertumpu kepada pintu masuk rasmi negara.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, insiden penyeludupan dadah membabitkan aset TUDM menimbulkan persoalan sama ada kawalan sama perlu diperluaskan ke pangkalan udara milik pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>&#8220;Apakah kawalan kita hanya terhadap pintu masuk rasmi sahaja dan tidak termasuk pangkalan pasukan keselamatan seperti tentera dan polis?<\/p>\n<p>&#8220;Polis misalnya mempunyai pangkalan untuk Pasukan Gerakan Udara (PGU), manakala TUDM juga mempunyai banyak pangkalannya sendiri,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anwar mendedahkan kegiatan penyeludupan dadah membabitkan pegawai TUDM termasuk juruterbang dengan menggunakan aset ketenteraan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menyifatkan pendedahan itu sebagai amat membimbangkan dan memberi amaran tindakan tegas perlu dikenakan terhadap semua pihak terbabit tanpa mengira pangkat atau kedudukan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan mengesahkan lima pegawai TUDM antara 11 individu yang ditahan dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Labuan.<\/p>\n<p>Kesemua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran 96.64 kilogram dadah menggunakan aset TUDM.<\/p>\n<p>Seramai 11 individu termasuk enam orang awam ditahan susulan penemuan dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM4.83 juta.<\/p>\n<p>Kes itu sekali gus mencetuskan persoalan serius mengenai tahap keselamatan aset strategik negara serta kemungkinan wujudnya penglibatan anggota pasukan keselamatan dalam sindiket penyeludupan dadah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan dijangka membincangkan langkah memperketat kawalan keselamatan di pangkalan udara tentera dan polis susulan terbongkarnya kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka membawa isu itu ke Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan bagi meneliti keperluan memperluaskan kawalan keselamatan di kawasan pangkalan udara pasukan keselamatan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,235,22,43,20,1581,1384],"authors":[],"class_list":["post-18285","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-kabinet","tag-kdn","tag-pdrm","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-seludup","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18285","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18285"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18285\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18287,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18285\/revisions\/18287"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18285"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18285"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18285"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18285"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}