{"id":18290,"date":"2026-11-22T10:45:11","date_gmt":"2026-11-22T10:45:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18290"},"modified":"2026-11-22T10:45:11","modified_gmt":"2026-11-22T10:45:11","slug":"konvensyen-amanah-lulus-usul-bantah-tahanan-rumah-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/konvensyen-amanah-lulus-usul-bantah-tahanan-rumah-najib\/","title":{"rendered":"Konvensyen Amanah lulus usul bantah tahanan rumah Najib"},"content":{"rendered":"<p>Parti Amanah meluluskan resolusi mengecam pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, selain menyatakan sokongan terhadap tindakan Badan Peguam Malaysia mencabar perintah berkenaan di mahkamah.<\/p>\n<p>Resolusi tergempar itu diluluskan sebulat suara menerusi undian suara pada Konvensyen Nasional Amanah 2026 di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Usul berkenaan dibentangkan perwakilan Amanah Johor, Fadhli Umar Aminolhuda yang menyifatkan pelaksanaan tahanan rumah itu menimbulkan persoalan berkaitan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Amanah perlu merekodkan pendirian tegas parti itu terhadap isu berkenaan sebagai sebahagian daripada komitmen mempertahankan agenda reformasi institusi negara.<\/p>\n<p>&#8220;Tidak lengkap konvensyen Amanah ini berakhir tanpa mengecam tahanan rumah yang diberikan kepada Najib.<\/p>\n<p>&#8220;Najib telah pun dibuktikan bersalah bukan di satu mahkamah, tetapi di tiga peringkat mahkamah. Kesnya bukan kecil, malah masih bersambung dengan beberapa kes rasuah lain,&#8221; katanya ketika membentangkan usul berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Fadhli menegaskan pendirian itu tidak bermaksud Amanah mempertikaikan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada individu yang disabitkan kesalahan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata isu tahanan rumah merupakan perkara berasingan yang kedudukan undang-undangnya perlu diperjelaskan melalui proses kehakiman.<\/p>\n<p>&#8220;Justeru, kita membawa usul ini supaya semua dapat menyokong sepenuhnya tindakan semakan kehakiman, yang membolehkan badan kehakiman meneliti dan memutuskan sama ada perintah tahanan rumah yang diberikan kepada Najib bercanggah dengan Perlembagaan dan perlu dibatalkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Najib sebelum ini disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Sabitan dan hukuman terhadapnya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan itu pada Ogos 2022.<\/p>\n<p>Beliau mula menjalani baki hukuman penjara di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 10 November lalu, susulan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan perintah tahanan rumah yang dikaitkan dengan titah adendum.<\/p>\n<p>Badan Peguam Malaysia pada tarikh sama memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membolehkan pelaksanaan tahanan rumah itu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan berkenaan dengan alasan keputusan berkaitan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diadili di mahkamah.<\/p>\n<p>Mahkamah menetapkan 17 Mac 2027 untuk mendengar permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini memaklumkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung isu tahanan rumah Najib telah digugurkan status rahsia bagi membolehkan AGC menyediakan afidavit jawapan terhadap permohonan Badan Peguam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Amanah meluluskan resolusi mengecam pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, selain menyatakan sokongan terhadap tindakan Badan Peguam Malaysia mencabar perintah berkenaan di mahkamah. Resolusi tergempar itu diluluskan sebulat suara menerusi undian suara pada Konvensyen Nasional Amanah 2026 di sini, hari ini. Usul berkenaan dibentangkan perwakilan Amanah Johor, Fadhli Umar Aminolhuda yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9568,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,2819,630,2356,121,267,407,865,146,810],"authors":[],"class_list":["post-18290","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-fadhli-umar-aminolhuda","tag-johor","tag-konvensyen","tag-najib","tag-parti","tag-pengampunan","tag-tahanan-rumah","tag-umno","tag-usul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18290","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18290"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18290\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18291,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18290\/revisions\/18291"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18290"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18290"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18290"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18290"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}