{"id":18296,"date":"2026-11-22T10:54:08","date_gmt":"2026-11-22T10:54:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18296"},"modified":"2026-11-22T10:54:08","modified_gmt":"2026-11-22T10:54:08","slug":"saifuddin-minit-pengampunan-najib-perlu-untuk-afidavit-agc-dan-dinyahklasifikasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saifuddin-minit-pengampunan-najib-perlu-untuk-afidavit-agc-dan-dinyahklasifikasi\/","title":{"rendered":"Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi"},"content":{"rendered":"<p>Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, telah dinyahklasifikasi bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas dalam kes semakan kehakiman difailkan Majlis Peguam.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen berkenaan mengandungi maklumat penting yang perlu dimasukkan dalam afidavit kerajaan bagi menjawab permohonan semakan kehakiman itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, AGC perlu mengemukakan afidavit balas susulan tindakan Majlis Peguam mencabar isu pelaksanaan tahanan rumah Najib melalui proses mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cAfidavit itu hanya akan lengkap sekiranya perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dimasukkan dalam kandungannya,\u201d katanya selepas Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Fun Run di Dataran Merdeka, hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas lanjut mengenai pendedahan kandungan minit mesyuarat berkenaan, termasuk pihak yang bertanggungjawab menyebarkannya serta tujuan pendedahan itu dibuat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan tidak berada dalam kedudukan untuk menjelaskan perkara itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abd Kadir berkata, Jemaah Menteri tidak pernah membincangkan keputusan menyahklasifikasi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan seperti didedahkan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.<\/p>\n<p>Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi turut mengingatkan tindakan membocorkan dokumen rasmi kerajaan tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menjejaskan keselamatan negara.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Tony berkongsi beberapa halaman minit mesyuarat berkenaan menerusi Facebook, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang dilaporkan membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.<\/p>\n<p>Isu tahanan rumah Najib menjadi perhatian selepas permohonan berkaitan pelaksanaan titah tambahan (adendum) yang dikaitkan dengan pengurangan hukuman dan baki tempoh pemenjaraannya mencetuskan beberapa tindakan undang-undang.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu itu dijangka menjadi antara perkara penting dalam prosiding semakan kehakiman yang difailkan Majlis Peguam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, telah dinyahklasifikasi bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menyediakan afidavit balas dalam kes semakan kehakiman difailkan Majlis Peguam. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dokumen berkenaan mengandungi maklumat penting yang perlu dimasukkan dalam afidavit kerajaan bagi menjawab permohonan semakan kehakiman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":955,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[406,374,4630,894,1642,121,20,865],"authors":[],"class_list":["post-18296","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agc","tag-kerajaan","tag-lembaga-pengampunan","tag-majlis-peguam","tag-menteri-dalam-negeri","tag-najib","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18296","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18296"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18296\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18297,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18296\/revisions\/18297"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/955"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18296"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18296"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18296"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18296"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}