{"id":18300,"date":"2026-11-23T03:36:50","date_gmt":"2026-11-23T03:36:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18300"},"modified":"2026-11-23T03:36:50","modified_gmt":"2026-11-23T03:36:50","slug":"johari-tegur-menteri-gagal-jawab-soalan-ahli-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/johari-tegur-menteri-gagal-jawab-soalan-ahli-parlimen\/","title":{"rendered":"Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen"},"content":{"rendered":"<p>Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul menegur menteri dan timbalan menteri yang masih gagal mengemukakan jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen meskipun perkara itu sebelum ini dijanjikan untuk diselesaikan.<\/p>\n<p>Teguran itu dibuat selepas Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim membangkitkan isu kelewatan menerima jawapan bertulis daripada kementerian berkaitan ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa masih banyak soalan yang sepatutnya dijawab secara bertulis belum diterima sehingga menyukarkan Ahli Parlimen mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai isu dibangkitkan.<\/p>\n<p>\u201cTan Sri Yang di-Pertua, saya nak mengadu sikit. Soalan-soalan yang menteri atau timbalan menteri kata nak jawab secara bertulis, sampai sekarang ada banyak yang saya tak terima lagi. Jadi saya nak mengadu kepada Tan Sri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas perkara itu, Johari meminta Awang Solahuddin menyenaraikan semua soalan yang masih belum menerima jawapan bertulis supaya tindakan susulan dapat diambil.<\/p>\n<p>Beliau turut memberi jaminan akan mendapatkan penjelasan secara langsung daripada menteri terbabit selepas pukul 11.30 pagi.<\/p>\n<p>\u201cSekarang juga, Yang Berhormat tuliskan semua soalan-soalan yang belum dijawab. Selepas 11.30 pagi saya nak ikut menteri itu sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Awang Solahuddin turut membangkitkan persoalan mengenai cadangan kerajaan memperluaskan julat pendapatan bercukai yang layak menikmati kadar cukai 15 peratus bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).<\/p>\n<p>Beliau meminta penjelasan sama ada kerajaan bersedia memperluaskan julat pendapatan bercukai yang menikmati kadar berkenaan sekiranya belum bersedia menurunkan kadar cukai PMKS kepada 15 peratus.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta kementerian menyatakan anggaran kos yang perlu ditanggung kerajaan serta jumlah PMKS yang dijangka mendapat manfaat daripada cadangan itu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan secara umumnya terbuka menerima cadangan berkenaan, namun maklumat terperinci akan dikemukakan melalui jawapan bertulis.<\/p>\n<p>\u201cSecara amnya kerajaan bersedia menerima semua cadangan, tetapi untuk menjawab soalan khusus itu, saya akan memberikan data secara bertulis,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul menegur menteri dan timbalan menteri yang masih gagal mengemukakan jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen meskipun perkara itu sebelum ini dijanjikan untuk diselesaikan. Teguran itu dibuat selepas Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim membangkitkan isu kelewatan menerima jawapan bertulis daripada kementerian berkaitan ketika sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2196,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5758,947,2971,948,205,697],"authors":[],"class_list":["post-18300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bertulis","tag-dewan-rakyat","tag-jawapan","tag-johari-abdul","tag-menteri","tag-speaker"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18301,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18300\/revisions\/18301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2196"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18300"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}