{"id":18310,"date":"2026-11-23T03:53:27","date_gmt":"2026-11-23T03:53:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18310"},"modified":"2026-11-23T03:53:27","modified_gmt":"2026-11-23T03:53:27","slug":"pembubaran-dun-bukan-jaminan-krisis-negeri-sembilan-selesai-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pembubaran-dun-bukan-jaminan-krisis-negeri-sembilan-selesai-laporan\/","title":{"rendered":"Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bukan pilihan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu, sebaliknya perlu dijadikan langkah terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian lain.<\/p>\n<p>Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, pembubaran DUN juga belum tentu mampu menamatkan krisis berkenaan kerana keputusan pilihan raya baharu masih tidak dapat dijangka.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai itu, perkara lebih penting ketika ini ialah mencari jalan tengah bagi menyelesaikan kemelut yang turut membabitkan persoalan adat dan perlembagaan negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi saya, pembubaran DUN adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan pada waktu sekarang dan mungkin boleh menjadi jalan terakhir sekiranya tiada cara lain untuk menyelesaikan krisis yang berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;Tetapi persoalannya, adakah jika DUN dibubarkan ia akan menyelesaikan isu ini? Kita tidak tahu keputusan pilihan raya nanti akan memihak kepada siapa,&#8221; katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, krisis semasa bukan berpunca daripada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) yang tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan, sebaliknya kegagalan pihak terbabit mencapai penyelesaian bersama.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, katanya, Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menentukan langkah terbaik bagi menamatkan kemelut berkenaan, termasuk urusan pelantikan Menteri Besar.<\/p>\n<p>&#8220;Kita yakin dalam masa terdekat ini Tuanku mempunyai budi bicara dan cara tersendiri untuk menyelesaikan isu ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Arul Kumar turut menegaskan seseorang Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti ADUN bagi memastikan pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lancar.<\/p>\n<p>Ketiadaan sokongan majoriti boleh mencetuskan ketidaktentuan dalam persidangan DUN, termasuk kemungkinan usul undi tidak percaya yang boleh membawa kepada perubahan kepimpinan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar, Ismail Lasim sebelum ini dilaporkan menegaskan beliau tidak pernah memberikan persetujuan supaya surat peletakan jawatannya dikemukakan kepada Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Istana Negeri Sembilan kemudian mengeluarkan kenyataan meminta Ismail membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti ADUN, selain menafikan dakwaan istana mahu beliau terus kekal sebagai Menteri Besar.<\/p>\n<p>Mengulas pendirian PH, Arul Kumar berkata parti itu tidak mahu mencampuri urusan berkenaan atau mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita berharap semua pihak dapat bekerjasama dengan istana untuk menyelesaikan isu ini.<\/p>\n<p>&#8220;Mandat yang diberikan rakyat perlu digunakan dengan sewajarnya dan tidak sepatutnya menyebabkan negeri berdepan keadaan kerajaan tidak berfungsi dengan baik sehingga berlarutan selama beberapa bulan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berharap kemelut itu dapat diselesaikan segera supaya kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Negeri Sembilan tidak terus terjejas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bukan pilihan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda negeri itu, sebaliknya perlu dijadikan langkah terakhir sekiranya tiada jalan penyelesaian lain. Pengerusi DAP Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, pembubaran DUN juga belum tentu mampu menamatkan krisis berkenaan kerana keputusan pilihan raya baharu masih tidak dapat dijangka. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,63,409,4644,5121,408,1154,146],"authors":[],"class_list":["post-18310","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-dap","tag-dun","tag-ismail-lasim","tag-j-arul-kumar","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18310","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18310"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18310\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18311,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18310\/revisions\/18311"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18310"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18310"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18310"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18310"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}