{"id":18317,"date":"2026-11-23T07:31:27","date_gmt":"2026-11-23T07:31:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18317"},"modified":"2026-11-23T07:31:27","modified_gmt":"2026-11-23T07:31:27","slug":"mysiren-dilancar-amaran-kecemasan-terus-ke-telefon-bimbit","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mysiren-dilancar-amaran-kecemasan-terus-ke-telefon-bimbit\/","title":{"rendered":"MySIREN dilancar, amaran kecemasan terus ke telefon bimbit"},"content":{"rendered":"<p>Orang ramai bakal menerima amaran kecemasan secara terus ke telefon bimbit menerusi pelaksanaan Sistem Amaran Awal Nasional (EWS) yang kini dikenali sebagai MySIREN.<\/p>\n<p>Sistem berkenaan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam satu majlis di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini bagi memperkukuh penyampaian maklumat kecemasan kepada masyarakat.<\/p>\n<p>MySIREN menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang membolehkan amaran dihantar secara langsung kepada telefon bimbit yang serasi dalam kawasan geografi tertentu tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi atau membuat sebarang pendaftaran.<\/p>\n<p>Menerusi teknologi itu, amaran kecemasan boleh disampaikan dalam tempoh kurang daripada satu minit, jauh lebih pantas berbanding kaedah penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) secara pukal yang boleh mengambil masa sehingga satu jam atau lebih.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut mengadakan simulasi sistem MySIREN di pekarangan Bangunan Parlimen bagi menguji keupayaan penghantaran mesej berserta bunyi amaran kepada telefon bimbit dalam kawasan ditetapkan.<\/p>\n<p>Simulasi itu menyusuli ujian teknikal dalaman yang dijalankan di bangunan MCMC, Cyberjaya pada 19 November lalu.<\/p>\n<p>Sebagai langkah seterusnya, ujian penerimaan amaran MySIREN secara serentak di seluruh negara dijadualkan berlangsung pada 29 November 2026.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, orang ramai perlu memastikan peranti masing-masing menggunakan sistem operasi yang memenuhi spesifikasi minimum bagi membolehkan penerimaan amaran.<\/p>\n<p>Bagi pengguna iPhone 11 dan model lebih baharu, peranti perlu menggunakan iOS 27.2 atau versi terkini, manakala telefon Android memerlukan Android 12 ke atas dan peranti Huawei menggunakan EMUI 16 atau versi terkini.<\/p>\n<p>Pengguna juga perlu memastikan tetapan amaran kecemasan seperti *Government Alerts* atau *Wireless Emergency Alerts* (WEA) diaktifkan.<\/p>\n<p>MCMC menjelaskan penerimaan amaran bergantung kepada keserasian peranti, tetapan telefon serta liputan dan ketersediaan rangkaian mudah alih 4G atau 5G.<\/p>\n<p>MCMC akan terus bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), agensi teknikal berkaitan serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan sistem itu bersedia untuk beroperasi sebelum diperluaskan pelaksanaannya.<\/p>\n<p>Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MySIREN menerusi laman web rasmi MCMC di www\\.mcmc.gov.my\/mysiren.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai bakal menerima amaran kecemasan secara terus ke telefon bimbit menerusi pelaksanaan Sistem Amaran Awal Nasional (EWS) yang kini dikenali sebagai MySIREN. Sistem berkenaan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam satu majlis di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini bagi memperkukuh penyampaian maklumat kecemasan kepada masyarakat. MySIREN menggunakan teknologi Cell Broadcast System [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18318,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5711,5710,5712,49,16,2117,5763,5718],"authors":[],"class_list":["post-18317","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cbs","tag-cell-broadcast-system","tag-ews","tag-fahmi-fadzil","tag-mcmc","tag-menteri-komunikasi","tag-mysiren","tag-sistem-amaran-awal-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18317","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18317"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18317\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18319,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18317\/revisions\/18319"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18318"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18317"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18317"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18317"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18317"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}