{"id":18321,"date":"2026-11-23T08:11:13","date_gmt":"2026-11-23T08:11:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18321"},"modified":"2026-11-23T08:19:47","modified_gmt":"2026-11-23T08:19:47","slug":"saarani-belum-ada-keperluan-bubar-dun-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saarani-belum-ada-keperluan-bubar-dun-perak\/","title":{"rendered":"Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Perak belum mempunyai keperluan mendesak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, meskipun timbul spekulasi pembubaran akan dilakukan selepas pembentangan Belanjawan Perak 2027 esok.<\/p>\n<p>Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, keputusan membubarkan DUN bukan terletak di bawah kuasa beliau secara bersendirian, sebaliknya memerlukan perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang permohonan pembubaran perlu disertakan alasan yang munasabah dan kukuh selepas beliau menghadap Sultan Perak.<\/p>\n<p>\u201cBukan Menteri Besar yang membubarkan DUN tetapi Tuanku. Untuk memastikan perkara itu berlaku, Menteri Besar perlu menghadap Tuanku terlebih dahulu dan memberikan alasan yang munasabah.<\/p>\n<p>\u201cKalau setakat bajet sudah dibentangkan kemudian hendak bubar, itu tidak boleh. Mesti ada alasan yang konkrit,\u201d katanya selepas menghadiri Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Kelapan di Stadium Indera Mulia, hari ini.<\/p>\n<p>Saarani menjelaskan, antara keadaan yang boleh mendorong permohonan pembubaran DUN ialah sekiranya rakan strategik dalam Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan (PH), menarik diri sehingga kerajaan negeri kehilangan sokongan majoriti.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya, keputusan akhir tetap menjadi prerogatif Sultan Perak.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan spekulasi pembubaran DUN selepas pembentangan belanjawan negeri tidak berasas memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan negeri masih panjang.<\/p>\n<p>Katanya, keputusan mengadakan PRN lebih awal perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk kesiapsiagaan jentera pilihan raya, persiapan parti dan kemampuan kewangan.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan kemenangan UMNO di beberapa negeri baru-baru ini menjadi pemangkin kepada PRN Perak, Saarani berkata, momentum politik semata-mata bukan alasan mencukupi untuk membubarkan DUN.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak membubarkan DUN berdasarkan mood seperti itu. Banyak faktor lain perlu diambil kira. Mood satu perkara, persiapan pula perkara lain.<\/p>\n<p>\u201cKita belum bersedia untuk pembubaran lagi. Jentera pusat daerah mengundi (PDM) belum bersedia dan kita juga tidak mempunyai peruntukan kewangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyatakan pendirian itu selari dengan kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan kemenangan parti itu di tiga negeri tidak bermakna Pahang dan Perak perlu mengadakan PRN lebih awal.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Saarani menegaskan hubungan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH dalam Kerajaan Perpaduan Perak masih berjalan baik tanpa sebarang masalah yang menjejaskan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak sahih, sebaliknya merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan perkembangan sebenar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Perak belum mempunyai keperluan mendesak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, meskipun timbul spekulasi pembubaran akan dilakukan selepas pembentangan Belanjawan Perak 2027 esok. Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, keputusan membubarkan DUN bukan terletak di bawah kuasa beliau secara bersendirian, sebaliknya memerlukan perkenan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18120,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,549,409,52,633,103,4438,146],"authors":[],"class_list":["post-18321","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-bubar","tag-dun","tag-perak","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-saarani-mohamad","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18321","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18321"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18321\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18322,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18321\/revisions\/18322"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18120"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18321"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18321"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18321"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18321"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}