{"id":1833,"date":"2025-07-26T13:01:26","date_gmt":"2025-07-26T13:01:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1833"},"modified":"2025-07-26T13:01:26","modified_gmt":"2025-07-26T13:01:26","slug":"perhimpunan-dianjur-pembangkang-tabur-fitnah-terhadap-kerajaan-pkr-bakri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perhimpunan-dianjur-pembangkang-tabur-fitnah-terhadap-kerajaan-pkr-bakri\/","title":{"rendered":"Perhimpunan dianjur pembangkang tabur fitnah terhadap kerajaan: PKR Bakri"},"content":{"rendered":"<p>PKR Cabang Bakri menyifatkan penganjuran perhimpunan \u2019Turun Anwar\u2019 hanya berniat untuk memfitnah kerajaan dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Ketua Cabang PKR Bakri, Md Ysahrudin Kusni berkata perhimpunan tersebut hanya cubaan untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan dengan menabur fitnah dan tohmahan liar terhadap kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>\u201cHimpunan Turun Anwar sarat dengan laungan penindasan dan hentikan kezaliman sedangkan realitinya semua tuduhan itu hanyalah tohmahan fitnah yang tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cTindakan ini bukan sahaja mencerminkan politik sempit, malah cuba menghasut rakyat dengan naratif yang direka untuk kepentingan politik semata-mata.<\/p>\n<p>\u201cRakyat harus menolak taktik politik kotor dan penuh fitnah dimainkan pembangkang,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Himpunan itu yang dianjurkan pembangkang bermula sejak pagi tadi, peserta berkumpul di empat lokasi sekitar pusat bandar sebelum berarak menuju ke Dataran Merdeka bagi menuntut Anwar meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Md Ysahrudin berkata, kerajaan Anwar sebaliknya sentiasa berusaha mendengar suara dan rintihan rakyat.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, katanya, pengumuman khas Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia Rabu lalu memberi fokus kepada keperluan sebenar rakyat termasuk isu kos sara hidup, pekerjaan dan pembangunan ekonomi.<\/p>\n<p>Jelasnya, ia membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil langkah proaktif untuk kebajikan negara.<\/p>\n<p>Justeru rakyat harus menolak taktik politik kotor dan penuh fitnah yang dimainkan pihak pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia memerlukan kesatuan fikiran dan tindakan untuk terus bergerak maju, bukannya perpecahan yang dihasut oleh pihak yang mementingkan agenda peribadi.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu kami menyeru semua pihak untuk bersama-sama membina masa depan negara yang lebih baik dengan sokongan terhadap dasar-dasar yang berpaksikan keadilan sosial, pembangunan inklusif dan integriti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR Cabang Bakri menyifatkan penganjuran perhimpunan \u2019Turun Anwar\u2019 hanya berniat untuk memfitnah kerajaan dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Ketua Cabang PKR Bakri, Md Ysahrudin Kusni berkata perhimpunan tersebut hanya cubaan untuk menghasut orang ramai membenci kerajaan dengan menabur fitnah dan tohmahan liar terhadap kerajaan perpaduan. \u201cHimpunan Turun Anwar sarat dengan laungan penindasan dan hentikan kezaliman [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1834,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1053,1054,1055,661,9,829],"authors":[],"class_list":["post-1833","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bakri","tag-md-ysahrudin-kusni","tag-pembangkang","tag-perhimpunan","tag-pkr","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1833","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1833"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1833\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1835,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1833\/revisions\/1835"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1834"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1833"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1833"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1833"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1833"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}