{"id":18359,"date":"2026-11-23T14:11:31","date_gmt":"2026-11-23T14:11:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18359"},"modified":"2026-11-23T14:11:31","modified_gmt":"2026-11-23T14:11:31","slug":"jangan-abaikan-madrasah-dalam-mengejar-kemajuan-negara-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-abaikan-madrasah-dalam-mengejar-kemajuan-negara-anwar\/","title":{"rendered":"Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Institusi madrasah dan maahad tahfiz perlu terus diperkasakan sebagai benteng mempertahankan akidah, akhlak serta jati diri umat Islam dalam menghadapi cabaran kemajuan teknologi dan perubahan dunia.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan negara yang merangkumi kemajuan teknologi, pelaburan dan perindustrian tidak mencukupi sekiranya tidak disertai pembentukan masyarakat yang mempunyai kekuatan agama, akhlak dan sahsiah.<\/p>\n<p>Menurutnya, sejarah penjajahan membuktikan penguasaan sesebuah negara bukan hanya berlaku melalui kekuatan ketenteraan dan teknologi, malah turut melibatkan usaha mempengaruhi pemikiran, jiwa serta sistem pendidikan masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pengalaman Tanah Melayu di bawah British, Indonesia di bawah Belanda dan Afrika Utara di bawah Perancis menunjukkan penjajahan turut meninggalkan kesan terhadap bahasa, budaya, sastera serta nilai kehidupan masyarakat Islam.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan itu semuanya terjejas, sesudah politik golongan bangsawan tetapi ilmu dan sistem pendidikan semuanya terjajah.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan itu, satu-satunya benteng pertahanan kita yang kekal adalah madrasah, maahad tahfiz dan yang menanamkan kekuatan akidah, akhlak, sahsiah malah roh,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Khatam Sama\u2019 Hadis Jami\u2019 al-Tirmidhi dan al-Syama\u2019il al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 di Masjid Putra, malam ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Mufti Besar India, Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari; Menteri Waqaf Republik Arab Mesir, Sheikh Dr Usama Sayyid Mahmud Muhammad Saad al-Azhari serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kesan penjajahan terhadap sistem pendidikan dan pemikiran umat Islam memerlukan masa serta usaha berterusan untuk dipulihkan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, katanya, usaha menghidupkan semula institusi pendidikan Islam yang terbiar dan daif perlu diteruskan bagi memastikan madrasah serta maahad tahfiz kembali memainkan peranan penting dalam membina kekuatan masyarakat.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan kemajuan sesebuah negara tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan pencapaian ekonomi dan teknologi, sebaliknya perlu mengambil kira nilai akhlak serta keperibadian rakyat.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar menegaskan tradisi pengajian hadis dan penganjuran majlis ilmu perlu terus dihidupkan bagi meningkatkan kefahaman agama serta mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat Islam.<\/p>\n<p>Katanya, majlis khatam hadis berkenaan meneruskan tradisi pengajian ilmu yang sebelum ini memberi tumpuan kepada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serta al-Syama\u2019il al-Muhammadiyyah.<\/p>\n<p>\u201cBukan sahaja tradisi ilmiah kerana mengenal penjelasan dan kupasan hadis tetapi lebih penting menghidupkan, pertama mengimarahkan masjid. Masjid menjadi tonggak dalam kegiatan kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berkongsi nasihat seorang ulama dari Kerala, India supaya umat Islam istiqamah membaca al-Quran, memahami tafsir serta menghidupkan roh ilmu dalam kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Anwar berharap pengukuhan institusi pendidikan Islam dan tradisi keilmuan dapat membantu membina Malaysia sebagai negara maju yang turut memiliki kekuatan akhlak, sahsiah dan nilai ketamadunan tinggi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Institusi madrasah dan maahad tahfiz perlu terus diperkasakan sebagai benteng mempertahankan akidah, akhlak serta jati diri umat Islam dalam menghadapi cabaran kemajuan teknologi dan perubahan dunia. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pembangunan negara yang merangkumi kemajuan teknologi, pelaburan dan perindustrian tidak mencukupi sekiranya tidak disertai pembentukan masyarakat yang mempunyai kekuatan agama, akhlak dan sahsiah. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18360,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,5770,2848,285,5769,5771,197,18],"authors":[],"class_list":["post-18359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-kemajuan","tag-maahad-tahfiz","tag-madani","tag-madrasah","tag-majlis-khatam-sama-hadis-jami-al-tirmidhi-dan-al-syamail-al-muhammadiyyah","tag-perdana-menteri","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18361,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18359\/revisions\/18361"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18359"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}