{"id":1836,"date":"2025-07-27T03:49:43","date_gmt":"2025-07-27T03:49:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1836"},"modified":"2025-07-27T03:49:43","modified_gmt":"2025-07-27T03:49:43","slug":"demokrasi-semakin-subur-suara-rakyat-dihormati-di-era-kerajaan-madani-adam-adli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/demokrasi-semakin-subur-suara-rakyat-dihormati-di-era-kerajaan-madani-adam-adli\/","title":{"rendered":"Demokrasi semakin subur, suara rakyat dihormati di era Kerajaan Madani: Adam Adli"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia menyaksikan transformasi ketara dalam landskap demokrasi di bawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli berkata ia berbeza dengan era lampau di mana suara rakyat sering dibungkam, kini hak berhimpun dan bersuara bebas dilindungi sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia pernah melalui zaman di mana suara dibungkam, perhimpunan dibedil, dan perbezaan pendapat dijenayahkan.<\/p>\n<p>\u201cDi era Madani, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan. Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani telah menzahirkan ruang demokrasi yang bukan hanya dilaungkan, tetapi benar-benar dirasai. Hak untuk berhimpun dan bersuara kini menjadi satu norma yang dihormati dan dilindungi,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Berhubung perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 semalam di ibu negara, Adam berkata PKR tidak melihat ia sebagai satu bentuk ancaman dan bukan kerajaan lemah sebaliknya ia adalah bukti kematangan demokrasi.<\/p>\n<p>\u201cPKR melihat himpunan ini bukan sebagai ancaman, tetapi lambang perubahan budaya politik yang dahulunya pernah dibelenggu pemerintahan kuku besi.<\/p>\n<p>\u201cPerbezaan pandangan harus diraikan. Dalam demokrasi, suara yang menyokong mahupun menentang; kedua-duanya penting dan wajar dilindungi,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, usaha kerajaan dalam isu kos sara hidup, pembasmian kemiskinan, reformasi ekonomi, pendidikan dan pekerjaan adalah bukti komitmen berterusan kepimpinan negara.<\/p>\n<p>Katanya, di pentas dunia, kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan mulai berhasil mengangkat semula imej Malaysia sebagai sebuah kuasa ekonomi yang stabil dan diyakini negara luar pasca pandemik.<\/p>\n<p>\u201cPeranan kita kembali diiktiraf, suara kita kembali didengari.<\/p>\n<p>\u201cIni mungkin meresahkan pembangkang. Ketika kerajaan sibuk memulihkan negara, pembangkang ketandusan hala tuju,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia menyaksikan transformasi ketara dalam landskap demokrasi di bawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli berkata ia berbeza dengan era lampau di mana suara rakyat sering dibungkam, kini hak berhimpun dan bersuara bebas dilindungi sepenuhnya. \u201cMalaysia pernah melalui zaman di mana suara dibungkam, perhimpunan dibedil, dan perbezaan pendapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1837,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[165,678,236,9,829],"authors":[],"class_list":["post-1836","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adam-adli","tag-demokrasi","tag-himpunan","tag-pkr","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1836","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1836"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1836\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1838,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1836\/revisions\/1838"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1837"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1836"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1836"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1836"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1836"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}