{"id":18363,"date":"2026-11-23T14:15:07","date_gmt":"2026-11-23T14:15:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18363"},"modified":"2026-11-23T14:15:07","modified_gmt":"2026-11-23T14:15:07","slug":"pas-masih-jadi-rebutan-idris-persoal-pihak-yang-mahu-kerjasama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-masih-jadi-rebutan-idris-persoal-pihak-yang-mahu-kerjasama\/","title":{"rendered":"PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama"},"content":{"rendered":"<p>PAS masih mempunyai nilai politik yang besar meskipun berdepan pelbagai kritikan dan persepsi negatif, termasuk dakwaan parti itu semakin kehilangan sokongan masyarakat.<\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, perkara itu dapat dilihat apabila parti berkenaan masih menerima pelawaan daripada pihak tertentu untuk meninggalkan rakan politik sedia ada dan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Menurutnya, keadaan itu menimbulkan persoalan terhadap dakwaan pihak yang sebelum ini menganggap PAS tidak lagi relevan dalam landskap politik negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau PAS sudah tidak laku, mengapa pula bersungguh-sungguh mahu mempelawa PAS?\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.<\/p>\n<p>Beliau berkata, PAS sebelum ini sering dikaitkan dengan pelbagai persepsi negatif, termasuk dianggap mengamalkan fahaman Islam konservatif, tidak menerima perubahan zaman serta didakwa tidak mendapat tempat dalam kalangan golongan profesional dan cerdik pandai.<\/p>\n<p>Malah, parti itu turut berdepan pelbagai label dan tuduhan yang menggambarkan PAS sebagai sebuah parti yang semakin terpinggir dalam politik negara.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Idris melihat pelawaan kerjasama politik yang diterima sebagai sesuatu yang bercanggah dengan gambaran negatif tersebut.<\/p>\n<p>\u201cYang peliknya, semalam PAS dikutuk, hari ini PAS pula dipujuk,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, beliau menegaskan PAS tidak pernah menjadikan pujian atau pelawaan daripada mana-mana pihak sebagai ukuran kekuatan politik parti itu.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri perjuangan dan kedudukan PAS berdasarkan rekod serta pendekatan politik yang dibawa selama ini.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah rakyat menjadi hakim terhadap perjuangan PAS,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS masih mempunyai nilai politik yang besar meskipun berdepan pelbagai kritikan dan persepsi negatif, termasuk dakwaan parti itu semakin kehilangan sokongan masyarakat. Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, perkara itu dapat dilihat apabila parti berkenaan masih menerima pelawaan daripada pihak tertentu untuk meninggalkan rakan politik sedia ada dan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3458,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,1758,824,339,126,633,548,146],"authors":[],"class_list":["post-18363","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-idris-ahmad","tag-kerjasama","tag-naib-presiden","tag-pas","tag-pilihan-raya","tag-pru","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18363","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18363"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18364,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18363\/revisions\/18364"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3458"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18363"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}