{"id":18365,"date":"2026-11-23T14:17:34","date_gmt":"2026-11-23T14:17:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18365"},"modified":"2026-11-23T14:17:34","modified_gmt":"2026-11-23T14:17:34","slug":"ph-negeri-sembilan-desak-kemelut-politik-diselesaikan-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-negeri-sembilan-desak-kemelut-politik-diselesaikan-segera\/","title":{"rendered":"PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) menggesa kemelut politik dan pentadbiran negeri yang berlarutan lebih 100 hari diselesaikan segera bagi memastikan urusan kerajaan kembali berjalan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Majlis Pimpinan Negeri PHNS dalam kenyataan hari ini menegaskan sebarang penyelesaian perlu berlandaskan peruntukan perlembagaan serta selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>Menurut PHNS, ketidaktentuan politik yang berpanjangan berpotensi menjejaskan keutamaan pentadbiran negeri dan menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran urusan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSudah lebih 100 hari Negeri Sembilan dibelenggu ketidaktentuan politik dan pentadbiran. Keadaan ini menjejaskan keutamaan pentadbiran negeri dan menimbulkan kebimbangan terhadap kelancaran urusan kerajaan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PHNS turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan rakyat sebagai mangsa percaturan politik, sebaliknya memberi tumpuan kepada tanggungjawab yang diamanahkan melalui mandat pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cRakyat memberikan mandat untuk bekerja dan menyelesaikan masalah mereka, bukannya untuk menyaksikan pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, PHNS menegaskan Negeri Sembilan bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya perlu ditadbir dengan menghormati kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Besar serta keluhuran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS).<\/p>\n<p>PHNS juga berharap kemelut berkenaan tidak menjejaskan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Ini kerana kedua-dua perkara itu mempunyai kaitan langsung dengan peruntukan pembangunan, kebajikan rakyat, penyediaan kemudahan awam serta kelangsungan ekonomi negeri.<\/p>\n<p>\u201cJangan sampai pertelingkahan politik menyebabkan kepentingan serta masa depan rakyat Negeri Sembilan terus terabai,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PHNS turut mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta menghormati kedudukan dan kewibawaan institusi Undang Yang Empat yang sah di luak masing-masing.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, PHNS menggesa semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menghentikan pertelingkahan politik, menghormati proses perlembagaan serta memastikan pentadbiran kerajaan negeri kembali berfungsi dengan teratur.<\/p>\n<p>Kemelut politik Negeri Sembilan yang berlarutan lebih 100 hari itu kini menjadi perhatian susulan kebimbangan terhadap kestabilan pentadbiran negeri dan kesannya terhadap pelaksanaan dasar serta agenda pembangunan untuk rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) menggesa kemelut politik dan pentadbiran negeri yang berlarutan lebih 100 hari diselesaikan segera bagi memastikan urusan kerajaan kembali berjalan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat. Majlis Pimpinan Negeri PHNS dalam kenyataan hari ini menegaskan sebarang penyelesaian perlu berlandaskan peruntukan perlembagaan serta selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11256,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,4644,408,1154,727,103,146],"authors":[],"class_list":["post-18365","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18365","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18365"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18365\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18366,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18365\/revisions\/18366"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11256"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18365"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18365"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18365"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18365"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}