{"id":18368,"date":"2026-11-25T02:31:53","date_gmt":"2026-11-25T02:31:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18368"},"modified":"2026-11-25T02:31:53","modified_gmt":"2026-11-25T02:31:53","slug":"dari-permainan-ke-aplikasi-sembang-bagaimana-pemangsa-memperdaya-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dari-permainan-ke-aplikasi-sembang-bagaimana-pemangsa-memperdaya-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Dari permainan ke aplikasi sembang, bagaimana pemangsa memperdaya kanak-kanak"},"content":{"rendered":"<p>Pemangsa seksual boleh mendekati kanak-kanak walaupun mereka berada di rumah. Permainan dalam talian seperti Roblox dan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp antara saluran yang boleh disalahgunakan untuk mendekati kanak-kanak, membina kepercayaan dan memperdaya mereka.<\/p>\n<p>Ancaman itu sukar dikesan jika ibu bapa menganggap anak selamat kerana mereka menggunakan telefon di dalam bilik. Apabila anak diberi telefon pintar, mereka juga mendapat akses kepada orang dan kandungan di luar pengetahuan keluarga.<\/p>\n<p>Kaunselor berdaftar Dr Noor Aishah Rosli ketika dihubungi berkata, pemangsa seksual lazimnya bermula dengan memanipulasi emosi kanak-kanak. Proses membina kepercayaan untuk memudahkan eksploitasi itu dikenali sebagai pengantunan seksual.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemangsa mungkin memberi pujian, perhatian, hadiah atau wang sehingga kanak-kanak berasa dihargai dan mula menganggap individu itu sebagai rakan yang boleh dipercayai.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan ini lebih membimbangkan apabila mangsa kurang mendapat perhatian atau tidak menerima pengawasan yang mencukupi daripada ibu bapa. Tanpa menyedari niat sebenar individu berkenaan, mereka boleh terperangkap dalam hubungan yang membuka ruang kepada eksploitasi seksual,\u201d katanya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\" wp-image-18371 aligncenter\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Agenda_Daily_Petikan_Dr_Noor_Aishah_Rosli_1000x666.jpg\" alt=\"\" width=\"596\" height=\"397\" \/><\/p>\n<p><strong>Operasi dedah skala rampasan<\/strong><\/p>\n<p>Skala kegiatan itu terserlah menerusi Op Pedo Bersepadu 3.0, yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 14 hingga 16 September 2026. Seramai 53 individu ditahan, termasuk lapan remaja. Seorang daripada mereka berusia 13 tahun.<\/p>\n<p>Pemeriksaan awal terhadap peranti yang dirampas menemukan 540,127 fail bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dan 113,066 fail pornografi dewasa. Polis turut mengesan kegiatan menghasilkan dan menjual animasi eksploitasi seksual kanak-kanak dalam komuniti tertutup dalam talian.<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-18374 aligncenter\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Agenda_Daily_Infografik_Op_Pedo_1000x666.jpg\" alt=\"\" width=\"605\" height=\"403\" \/><\/p>\n<p>Sebelum operasi September itu, empat operasi bersepadu sejak 2024 mencatatkan 117 tangkapan di 162 lokasi serbuan. Setakat laporan pada Mei 2026, pihak berkuasa mengesan lebih 1.47 juta fail digital, dengan sekurang-kurangnya 204,934 dikenal pasti sebagai CSAM. Sekurang-kurangnya 101 individu telah didakwa.<\/p>\n<p>Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) memperuntukkan kesalahan berkaitan pengantunan kanak-kanak dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.<\/p>\n<p>Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil, berkata usaha mencegah kanak-kanak daripada menjadi mangsa perlu berjalan seiring dengan penguatkuasaan undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cPDRM boleh menjalankan siasatan, MCMC boleh membantu menangani penyalahgunaan platform dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang. Namun, semua tindakan itu tidak dapat menggantikan pengawasan yang sepatutnya bermula di rumah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Siraj, anak yang mahir memuat turun permainan, menyertai kumpulan sembang dan berkenalan dengan pengguna lain masih boleh diperdaya.<\/p>\n<p>Ibu bapa perlu mengambil tahu aplikasi yang digunakan, kandungan yang dilayari dan individu yang berhubung dengan anak mereka.<\/p>\n<p><strong>Telefon diberi, pemantauan bermula<\/strong><\/p>\n<p>Sebelum memberikan telefon pintar, ibu bapa wajar menilai umur, tahap kematangan dan tujuan anak menggunakan peranti itu. Jika telefon diperlukan untuk pembelajaran atau komunikasi, ibu bapa boleh menetapkan had masa skrin, mengaktifkan fungsi kawalan ibu bapa dan menyekat aplikasi yang tidak sesuai dengan usia anak.<\/p>\n<p>Siraj berkata, semakan berkala terhadap aplikasi, senarai kenalan dan aktiviti dalam talian boleh membantu ibu bapa mengesan interaksi yang mencurigakan.<\/p>\n<p>\u201cKesibukan bekerja juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mengabaikan tanggungjawab tersebut. Ibu bapa mungkin tidak mampu berada di sisi anak sepanjang masa tetapi masih boleh menetapkan peraturan penggunaan peranti, memeriksa aktiviti dalam talian dan berbual tentang pengalaman mereka ketika menggunakan internet,\u201d katanya.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\" wp-image-18373 aligncenter\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Agenda_Daily_Petikan_Siraj_Jalil_1000x666.jpg\" alt=\"\" width=\"557\" height=\"371\" \/><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, turut menggesa ibu bapa memainkan peranan aktif dalam keselamatan digital anak.<\/p>\n<p>Dalam audio siar Agenda Malaysia terbitan Agenda Daily pada 23 Oktober 2026, beliau menyarankan ibu bapa menggunakan fungsi kawalan peranti untuk mengehadkan masa skrin dan menyekat aplikasi berisiko.<\/p>\n<div id=\"attachment_18375\" style=\"width: 639px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-18375\" class=\" wp-image-18375\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/0K2A5540-e1795447023675.jpg\" alt=\"\" width=\"629\" height=\"419\" \/><p id=\"caption-attachment-18375\" class=\"wp-caption-text\">Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.<\/p><\/div>\n<p><strong>Bina kepercayaan supaya anak berani bercerita<\/strong><\/p>\n<p>Pemangsa boleh bermula dengan berbual tentang permainan kegemaran anak atau menawarkan ganjaran dalam permainan. Selepas mendapat kepercayaan, mereka mungkin mula meminta gambar atau video yang tidak wajar, atau mendesak anak melakukan sesuatu yang membuatkan mereka tidak selesa.<\/p>\n<p>Jika anak tiba-tiba merahsiakan aktiviti dalam talian, mengasingkan diri atau menunjukkan perubahan emosi, ibu bapa boleh bertanya dengan tenang dan memberi ruang kepada mereka untuk bercerita.<\/p>\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-18376 aligncenter\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2026\/11\/Agenda_Daily_Bina_Kepercayaan_1000x666.jpg\" alt=\"\" width=\"636\" height=\"423\" \/><\/p>\n<p>Anak perlu yakin mereka akan dibantu jika menerima mesej yang mengganggu, diugut atau diminta berkongsi gambar peribadi.<\/p>\n<p>Kanak-kanak juga perlu diajar menjaga maklumat peribadi, menghentikan perbualan yang mencurigakan dan meminta bantuan orang dewasa yang dipercayai.<\/p>\n<p>Sekolah boleh membantu dengan mendidik murid tentang keselamatan digital, manakala penyedia platform perlu memperketat ciri keselamatan dan mengambil tindakan terhadap akaun yang disalahgunakan.<\/p>\n<p>Di rumah, ibu bapa boleh bermula dengan menetapkan peraturan penggunaan telefon dan berbual secara berkala dengan anak tentang pengalaman mereka dalam talian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemangsa seksual boleh mendekati kanak-kanak walaupun mereka berada di rumah. Permainan dalam talian seperti Roblox dan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp antara saluran yang boleh disalahgunakan untuk mendekati kanak-kanak, membina kepercayaan dan memperdaya mereka. Ancaman itu sukar dikesan jika ibu bapa menganggap anak selamat kerana mereka menggunakan telefon di dalam bilik. Apabila anak diberi telefon pintar, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18369,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[248,49,186,2071,16],"authors":[],"class_list":["post-18368","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","tag-digital","tag-fahmi-fadzil","tag-internet","tag-kempen-internet-selamat","tag-mcmc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18368","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18368"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18368\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18377,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18368\/revisions\/18377"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18369"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18368"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18368"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18368"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18368"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}