{"id":18386,"date":"2026-11-24T03:25:43","date_gmt":"2026-11-24T03:25:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18386"},"modified":"2026-11-24T03:25:43","modified_gmt":"2026-11-24T03:25:43","slug":"bukan-kerajaan-sebar-dokumen-pengampunan-najib-jangan-buat-tohmahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bukan-kerajaan-sebar-dokumen-pengampunan-najib-jangan-buat-tohmahan\/","title":{"rendered":"Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan dokumen sulit berkaitan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak kepada umum.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau menjelaskan tindakan menyahklasifikasikan sebahagian dokumen berkaitan kes berkenaan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan persediaan menghadapi prosiding mahkamah.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan AGC bukan pihak yang menyebarkan dokumen berkenaan kepada orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cJadi siapa (menyebarkan dokumen terbabit) patut disiasat, jangan buat tohmahan mengatakan kerajaan edarkan.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada. Tidak benar kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara untuk mempersiapkan kes jawapan di mahkamah, itu sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Fadhli meminta penjelasan kerajaan berhubung dakwaan dokumen pengampunan bersyarat Najib, termasuk minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang diklasifikasikan sebagai rahsia, telah dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum.<\/p>\n<p>Isu berkenaan timbul susulan pertikaian berkaitan keputusan pengampunan Najib yang diumumkan pada Februari 2024, termasuk pelaksanaan pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Presiden UMNO itu.<\/p>\n<p>Najib sebelum ini diperkenankan menjalani baki hukuman penjara sehingga 23 Ogos 2028 selepas hukuman asal dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.<\/p>\n<p>Perkembangan berkaitan dokumen pengampunan itu turut menjadi perhatian dalam proses perundangan yang melibatkan tuntutan Najib berhubung pelaksanaan titah adendum berkaitan tahanan rumah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan dokumen sulit berkaitan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak kepada umum. Sebaliknya, beliau menjelaskan tindakan menyahklasifikasikan sebahagian dokumen berkaitan kes berkenaan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tujuan persediaan menghadapi prosiding mahkamah. Anwar turut menegaskan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":17789,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,5773,121,309,407,18,865],"authors":[],"class_list":["post-18386","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-dokumen-sulit","tag-najib","tag-parlimen","tag-pengampunan","tag-pmx","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18386","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18386"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18386\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18387,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18386\/revisions\/18387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/17789"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18386"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18386"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18386"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18386"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}