{"id":18390,"date":"2026-11-24T03:35:18","date_gmt":"2026-11-24T03:35:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18390"},"modified":"2026-11-24T03:35:18","modified_gmt":"2026-11-24T03:35:18","slug":"tiada-lesen-judi-baharu-diluluskan-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tiada-lesen-judi-baharu-diluluskan-mof\/","title":{"rendered":"Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang lesen baharu bagi aktiviti perjudian sejak 1990-an, sebaliknya hanya mengawal selia operasi perjudian berlesen sedia ada.<\/p>\n<p>Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen menjelaskan, sebarang cadangan untuk mengubah dasar berkaitan perjudian perlu mengambil kira beberapa aspek termasuk perundangan, keberkesanan penguatkuasaan dan kesan terhadap masyarakat.<\/p>\n<p>Menurut kementerian itu, penambahan sekatan terhadap pemberian lesen kepada sesuatu sektor perniagaan tidak semestinya mampu menghapuskan aktiviti berkenaan sekiranya permintaan masih wujud.<\/p>\n<p>Keadaan itu dikhuatiri mendorong peningkatan aktiviti perjudian tidak berlesen yang lebih sukar dikawal sekiranya tidak ditangani menerusi pendekatan penguatkuasaan menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cPenambahan sekatan terhadap pemberian lesen kepada sesuatu sektor perniagaan tidak semestinya dapat menghapuskan aktiviti berkenaan sekiranya permintaan masih wujud, khususnya menerusi saluran tidak berlesen,\u201d menurut jawapan kementerian itu.<\/p>\n<p>MOF turut menegaskan usaha membanteras perjudian tidak boleh bergantung semata-mata kepada dasar pelesenan, sebaliknya memerlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan yang menyeluruh, merangkumi penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen, usaha semua pihak dalam meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab masyarakat adalah juga penting dan bukan sekadar dari sudut pentadbiran pelesenan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Penjelasan itu diberikan bagi menjawab soalan Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan kementerian untuk menyemak semula pemberian lesen di bawah Akta Pertaruhan Wang Terkumpul 1967.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan isu pemberian lesen perjudian khususnya di negeri-negeri yang melaksanakan dasar sifar judi.<\/p>\n<p>Isu pelesenan perjudian sebelum ini sering menjadi perhatian dalam perbahasan awam, terutama membabitkan usaha kerajaan negeri mengawal aktiviti perjudian serta tindakan membanteras premis yang beroperasi tanpa lesen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang lesen baharu bagi aktiviti perjudian sejak 1990-an, sebaliknya hanya mengawal selia operasi perjudian berlesen sedia ada. Kementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen menjelaskan, sebarang cadangan untuk mengubah dasar berkaitan perjudian perlu mengambil kira beberapa aspek termasuk perundangan, keberkesanan penguatkuasaan dan kesan terhadap masyarakat. Menurut kementerian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1914,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[145,287,981,482],"authors":[],"class_list":["post-18390","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-judi","tag-kewangan","tag-lesen","tag-mof"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18390","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18390"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18390\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18391,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18390\/revisions\/18391"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1914"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18390"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18390"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18390"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18390"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}