{"id":18398,"date":"2026-11-24T06:27:06","date_gmt":"2026-11-24T06:27:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18398"},"modified":"2026-11-24T06:27:06","modified_gmt":"2026-11-24T06:27:06","slug":"menang-di-melaka-mahfuz-desak-bn-pn-umum-pakatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/menang-di-melaka-mahfuz-desak-bn-pn-umum-pakatan\/","title":{"rendered":"Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mencabar Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, dan Perikatan Nasional (PN) supaya mengisytiharkan secara rasmi pakatan politik mereka susulan kerjasama yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.<\/p>\n<p>Mahfuz menyifatkan kemenangan BN dan PN membuktikan UMNO dan PAS kembali menemui keserasian politik selepas melalui beberapa episod kerjasama, perpisahan dan usaha untuk berdamai sebelum ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, kedua-dua gabungan itu dilihat kembali bekerjasama kerana mempunyai musuh politik yang sama, iaitu PH.<\/p>\n<p>\u201cBN dan PN sudah berwuduk bersama di peti undi Melaka. Tetapi kalau hubungan politik itu sudah sampai ke tahap bersekongkol untuk menewaskan PH, jangan sekadar berwuduk. Mandi wajiblah!<\/p>\n<p>\u201cEloklah kena mandi wajib ibarat pasangan lepas berjimak dan bersihkan segala keraguan dengan mengisytiharkan secara rasmi pakatan politik baharu antara BN dengan PN,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, BN dan PN tidak sepatutnya terus bermain tarik tali politik dengan bekerjasama menentang PH di peringkat negeri, sedangkan UMNO masih menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cKalau sudah memilih pasangan politik yang baharu, jangan terus berpura-pura setia kepada pasangan yang lama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut menyifatkan UMNO seperti masih menikmati kedudukan dalam Kerajaan Madani di Putrajaya, tetapi pada masa sama bekerjasama dengan pihak lain untuk melemahkan kerajaan yang disertainya.<\/p>\n<p>Beliau juga mempersoalkan kenyataan Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, yang menyerahkan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menentukan tindakan terhadap pemimpin parti itu dalam kerajaan, termasuk pembubaran, pemecatan atau penggantungan.<\/p>\n<p>\u201cSejak bila perdana menteri perlu membuat keputusan bagi pihak UMNO? Bukankah UMNO mempunyai presiden, Majlis Kerja Tertinggi dan kepimpinan sendiri?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Mahfuz menggesa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi serta kepimpinan parti berkenaan supaya berani menentukan hala tuju politik mereka secara jelas, tanpa mengamalkan pendirian berbeza antara kerajaan negeri dan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cMenang di Melaka, jangan pula malu mengaku siapa kawan. Kalau sudah berpakatan, rasmi dan berterus teranglah.<\/p>\n<p>\u201cJangan hanya berani berkahwin politik di negeri, tetapi masih mahu menyembunyikan hubungan di peringkat Persekutuan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan rakyat berhak mengetahui pendirian sebenar UMNO sama ada mahu terus memperkukuh Kerajaan Perpaduan atau sekadar mengekalkan kedudukan dalam kerajaan sementara membina kerjasama politik baharu bersama PAS dan PN.<\/p>\n<p>Isu hubungan UMNO dan PAS kembali menjadi perhatian susulan perkembangan politik di Melaka, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depan kerjasama politik antara BN, PN dan PH menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mencabar Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, dan Perikatan Nasional (PN) supaya mengisytiharkan secara rasmi pakatan politik mereka susulan kerjasama yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini. Mahfuz menyifatkan kemenangan BN dan PN membuktikan UMNO dan PAS kembali menemui keserasian politik selepas melalui beberapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,378,824,3300,192,126,951,101,146],"authors":[],"class_list":["post-18398","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-bn","tag-kerjasama","tag-mahfuz-omar","tag-melaka","tag-pas","tag-pn","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18398","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18398"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18398\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18399,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18398\/revisions\/18399"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18398"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18398"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18398"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18398"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}