{"id":18412,"date":"2026-11-24T14:34:04","date_gmt":"2026-11-24T14:34:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18412"},"modified":"2026-11-24T14:34:04","modified_gmt":"2026-11-24T14:34:04","slug":"isu-minit-pengampunan-najib-polis-mungkin-panggil-tony-pua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-minit-pengampunan-najib-polis-mungkin-panggil-tony-pua\/","title":{"rendered":"Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua"},"content":{"rendered":"<p>Polis tidak menolak kemungkinan memanggil pemimpin DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat untuk menentukan tindakan lanjut, termasuk kemungkinan memanggil individu terbabit.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau memaklumkan polis setakat ini belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan kebocoran dokumen berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Setakat ini, tak ada laporan polis berhubung isu ini. Semua benda ini digembar-gemburkan di media sosial dan sebagainya, tetapi pihak polis bersedia untuk menyiasat perkara ini,&#8221; katanyan selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan polis menggerakkan segala sumber bagi menyiasat dakwaan kebocoran minit mesyuarat berkenaan.<\/p>\n<p>Arahan itu menyusul selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan kebocoran dan penyebaran dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia.<\/p>\n<p>Ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut menafikan dakwaan kerajaan menjadi pihak yang menyebarkan minit mesyuarat berkenaan kepada umum.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Najib itu bukan disebarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Peguam Negara (AGC) seperti didakwa.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Anwar berkata sebahagian dokumen berkenaan dinyahklasifikasikan oleh AGC bagi tujuan menyediakan jawapan untuk menghadapi prosiding mahkamah berkaitan isu tersebut.<\/p>\n<p>Isu berkenaan menjadi perhatian selepas pendedahan dokumen berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap Najib, termasuk dakwaan kewujudan perintah tambahan berkaitan tahanan rumah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis tidak menolak kemungkinan memanggil pemimpin DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung pendedahan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat untuk menentukan tindakan lanjut, termasuk kemungkinan memanggil individu terbabit. Bagaimanapun, beliau memaklumkan polis setakat ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6214,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,63,4630,811,23,2756,56],"authors":[],"class_list":["post-18412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-dap","tag-lembaga-pengampunan","tag-najib-razak","tag-siasatan","tag-tony-pua","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18413,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18412\/revisions\/18413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6214"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18412"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}