{"id":18414,"date":"2026-11-24T14:40:32","date_gmt":"2026-11-24T14:40:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18414"},"modified":"2026-11-24T14:40:32","modified_gmt":"2026-11-24T14:40:32","slug":"asas-ekonomi-negara-lebih-kukuh-selepas-empat-tahun-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/asas-ekonomi-negara-lebih-kukuh-selepas-empat-tahun-pmx\/","title":{"rendered":"Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan MADANI berjaya membina asas ekonomi negara yang lebih kukuh sepanjang empat tahun pentadbirannya meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan kekangan kewangan negara.<\/p>\n<p>Anwar berkata, tempoh empat tahun sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menyaksikan pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkemas kedudukan kewangan negara, memperbaiki tatakelola, melaksanakan reformasi institusi serta menjaga kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di media sosial sempena genap empat tahun menerajui kerajaan, beliau mengakui tanggungjawab memimpin negara bermula dalam keadaan mencabar apabila ekonomi berada dalam tekanan, kewangan negara terbatas dan rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cEmpat tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat, namun saya masih ingat betapa beratnya amanah ini tatkala negara sedang berdepan dengan pelbagai cabaran.<\/p>\n<p>\u201cEkonomi tertekan, kedudukan kewangan negara terbatas, sementara rakyat pula bergelut dengan peningkatan kos sara hidup,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh kelemahan tatakelola dan amalan rasuah yang sekian lama berakar umbi sebagai antara cabaran besar yang memerlukan keberanian untuk melakukan perubahan.<\/p>\n<p>Menurutnya, sejak hari pertama memasuki pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, beliau bertekad memulihkan negara serta meningkatkan taraf kehidupan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBukan suatu perjalanan yang mudah, tetapi amanah ini mesti terus digalas dengan penuh kesungguhan. Alhamdulillah sepanjang empat tahun ini, kita telah bersama-sama membina asas yang lebih kukuh untuk Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Anwar menegaskan usaha membangunkan negara masih belum selesai kerana kejayaan sebenar tidak hanya diukur melalui pencapaian ekonomi atau kedudukan kewangan kerajaan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata kemajuan perlu dirasai secara langsung oleh rakyat melalui kehidupan keluarga yang lebih baik, pendapatan lebih terjamin serta masa depan anak-anak yang lebih terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cDengan asas yang telah kita bina, saya yakin kita mampu melangkah lebih jauh, meringankan beban rakyat dan membuka lebih banyak ruang serta peluang yang adil untuk semua,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas kesabaran, teguran, doa dan kepercayaan yang diberikan sepanjang empat tahun pentadbirannya.<\/p>\n<p>Beliau berjanji akan terus memberikan segala usaha dan kemampuan demi kepentingan rakyat serta negara selagi diberikan mandat untuk memimpin.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri boleh datang dan pergi, tetapi nasib rakyat mesti terus dibela dan martabat negara mesti terus diangkat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan MADANI dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 yang menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.<\/p>\n<p>Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, sekali gus memulakan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin Kerajaan MADANI berjaya membina asas ekonomi negara yang lebih kukuh sepanjang empat tahun pentadbirannya meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global dan kekangan kewangan negara. Anwar berkata, tempoh empat tahun sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menyaksikan pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkemas kedudukan kewangan negara, memperbaiki tatakelola, melaksanakan reformasi institusi serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18415,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,68,374,287,285,18,495],"authors":[],"class_list":["post-18414","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-ekonomi","tag-kerajaan","tag-kewangan","tag-madani","tag-pmx","tag-reformasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18414","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18414"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18414\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18416,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18414\/revisions\/18416"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18415"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18414"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18414"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18414"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18414"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}