{"id":18430,"date":"2026-11-24T16:25:38","date_gmt":"2026-11-24T16:25:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18430"},"modified":"2026-11-24T16:25:38","modified_gmt":"2026-11-24T16:25:38","slug":"pkr-tidak-bertanding-prn-sarawak-hormati-kerjasama-dengan-gps","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-tidak-bertanding-prn-sarawak-hormati-kerjasama-dengan-gps\/","title":{"rendered":"PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS"},"content":{"rendered":"<p>PKR Sarawak mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 sebagai menghormati semangat kerjasama politik dan persefahaman bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Keputusan itu dimuktamadkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak menerusi kenyataan media bertarikh 24 November, hanya empat hari sebelum hari penamaan calon.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu, pendirian berkenaan dibuat bagi memastikan kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan terus terpelihara, selain memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak.<\/p>\n<p>PKR Sarawak turut menegaskan keputusan itu mengambil kira kepentingan meneruskan agenda pembangunan negeri, kemajuan ekonomi serta kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPertimbangan utama yang mendasari pendirian ini adalah sebagai tanda menghormati semangat kerjasama, muafakat dan komitmen politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi memelihara kestabilan politik di peringkat negeri dan Persekutuan,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Parti berkenaan turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan antara kedua-dua kerajaan, khususnya dalam melaksanakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Sehubungan itu, seluruh jentera dan pimpinan PKR di semua peringkat di Sarawak diarahkan mematuhi keputusan berkenaan serta menjaga hubungan baik dengan rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya GPS.<\/p>\n<p>\u201cPKR Sarawak akan terus melaksanakan tanggungjawab serta khidmat bakti kepada rakyat Sarawak tanpa mengabaikan peranannya di negeri ini,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Keputusan tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kali pertama PKR tidak menyertai PRN Sarawak sejak parti itu mula bertapak di negeri berkenaan pada 1999.<\/p>\n<p>Sebelum ini, PKR pernah bertanding dalam lima PRN Sarawak, masing-masing pada 2001, 2006, 2011, 2016 dan 2021.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah turut mengambil pendirian tidak meletakkan calon pada PRN kali ini, selaras dengan pendekatan kerjasama politik dan usaha mengekalkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR Sarawak mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 sebagai menghormati semangat kerjasama politik dan persefahaman bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Perpaduan. Keputusan itu dimuktamadkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak menerusi kenyataan media bertarikh 24 November, hanya empat hari sebelum hari penamaan calon. Menurut kenyataan itu, pendirian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":309,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,5784,9,103,158,5783],"authors":[],"class_list":["post-18430","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-gabungan-parti-sarawak","tag-pkr","tag-prn","tag-sarawak","tag-tak-bertanding"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18430","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18430"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18430\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18431,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18430\/revisions\/18431"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/309"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18430"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18430"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18430"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18430"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}