{"id":18438,"date":"2026-11-25T05:25:16","date_gmt":"2026-11-25T05:25:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18438"},"modified":"2026-11-25T05:25:16","modified_gmt":"2026-11-25T05:25:16","slug":"mcmc-saman-google-rm600-juta-isu-kandungan-berbahaya-di-youtube","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-saman-google-rm600-juta-isu-kandungan-berbahaya-di-youtube\/","title":{"rendered":"MCMC saman Google RM600 juta isu kandungan berbahaya di YouTube"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan dua saman berasingan terhadap Google LLC dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta susulan dakwaan kegagalan syarikat teknologi itu menangani kandungan berbahaya di platform YouTube.<\/p>\n<p>MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setiap saman menuntut ganti rugi RM300 juta yang merangkumi RM100 juta ganti rugi am, RM100 juta ganti rugi teruk dan RM100 juta ganti rugi teladan.<\/p>\n<p>Tuntutan itu dibuat susulan dakwaan kegagalan sistemik Google menangani lebih 50,000 kandungan berbahaya sehingga memerlukan penggunaan sumber dan tenaga kerja yang besar oleh pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Saman pertama membabitkan dakwaan kegagalan Google mengambil tindakan sewajarnya terhadap ribuan kandungan berbahaya termasuk perjudian dalam talian, penipuan dan scam.<\/p>\n<p>Menurut MCMC, antara 1 Januari hingga 28 Oktober 2026, sebanyak 74,703 laporan dikemukakan kepada YouTube, dengan 74,569 daripadanya atau 99.8 peratus berkaitan aktiviti perjudian dalam talian.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, hanya 32,781 laporan menerima maklum balas atau tindakan penurunan kandungan dalam tempoh sehari, manakala 4,950 laporan tidak menerima sebarang maklum balas.<\/p>\n<p>Sebanyak 1,468 kes pula mengambil masa lebih 30 hari untuk mendapat maklum balas atau tindakan, manakala 35 kes melebihi 90 hari.<\/p>\n<p>MCMC berkata, angka itu menunjukkan skala kandungan berbahaya di platform berkenaan selain kelewatan dalam menangani laporan yang dikemukakan.<\/p>\n<p>Saman kedua pula berkaitan dakwaan kegagalan Google mengambil langkah sewajarnya terhadap penerbitan semula kandungan melanggar undang-undang di YouTube oleh Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.<\/p>\n<p>Kandungan berkenaan kini tertakluk kepada perintah injunksi interim yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun 2026.<\/p>\n<p>MCMC menegaskan semua penyedia platform media sosial yang tertakluk kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 wajib mematuhi tanggungjawab undang-undang dan syarat lesen masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cPlatform media sosial perlu mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kandungan yang melanggar undang-undang dan berbahaya di platform mereka,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>MCMC berkata tindakan undang-undang berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan suruhanjaya itu melindungi orang ramai, khususnya kanak-kanak, daripada ancaman dan kemudaratan dalam talian.<\/p>\n<p>Tindakan itu juga bertujuan memastikan syarikat teknologi global bertanggungjawab terhadap kandungan yang disiarkan menerusi platform mereka serta menjadi peringatan kepada penyedia perkhidmatan lain supaya tidak mengabaikan kewajipan kawal selia.<\/p>\n<p>Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 memperkukuh kerangka tanggungjawab penyedia platform digital dalam menangani kandungan berbahaya.<\/p>\n<p>MCMC sebelum ini turut mengambil tindakan terhadap syarikat media sosial berhubung isu pematuhan undang-undang dan keselamatan pengguna internet.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memfailkan dua saman berasingan terhadap Google LLC dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta susulan dakwaan kegagalan syarikat teknologi itu menangani kandungan berbahaya di platform YouTube. MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, setiap saman menuntut ganti rugi RM300 juta yang merangkumi RM100 juta ganti rugi am, RM100 juta ganti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":33,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1041,5785,1469,16,1466,290,2575,5786],"authors":[],"class_list":["post-18438","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-komunikasi-dan-multimedia-1998","tag-google-llc","tag-mahkamah-tinggi-kuala-lumpur","tag-mcmc","tag-papagomo","tag-saman","tag-wan-muhammad-azri-wan-deris","tag-youtube"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18438","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18438"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18438\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18439,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18438\/revisions\/18439"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/33"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18438"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}