{"id":18452,"date":"2026-11-25T06:03:18","date_gmt":"2026-11-25T06:03:18","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18452"},"modified":"2026-11-25T06:03:18","modified_gmt":"2026-11-25T06:03:18","slug":"ibu-bapa-wajib-hadir-ketika-bantuan-awal-persekolahan-rm200-diagihkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ibu-bapa-wajib-hadir-ketika-bantuan-awal-persekolahan-rm200-diagihkan\/","title":{"rendered":"Ibu bapa wajib hadir ketika Bantuan Awal Persekolahan RM200 diagihkan"},"content":{"rendered":"<p>Ibu bapa diwajibkan hadir ke sekolah masing-masing bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM200 untuk setiap murid tahun depan, tegas Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, penyerahan bantuan itu perlu dilakukan di sekolah dan tidak disalurkan terus ke rumah bagi memastikan ibu bapa turut memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak.<\/p>\n<p>Menurutnya, langkah itu juga memberi peluang kepada ibu bapa mengenali persekitaran sekolah, bertemu guru serta mendapatkan maklumat mengenai perkembangan dan tingkah laku anak masing-masing.<\/p>\n<p>&#8220;Kita minta ibu bapa datang ke sekolah. Kita tak serah wang itu ke rumah kerana kita nak ibu bapa tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat.<\/p>\n<p>&#8220;Dia harus tahu yang membantu mendidik anak-anak mereka itu ialah guru dan kalau tak datang ke sekolah, Fadhlina, jangan bagi wang itu,&#8221; katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara, hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalannya, Wong Kah Woh dan Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad.<\/p>\n<p>Anwar berkata, pihak sekolah boleh menganjurkan program khas ketika penyerahan bantuan bagi membolehkan guru, murid dan ibu bapa berinteraksi secara langsung.<\/p>\n<p>Katanya, pertemuan itu penting supaya guru dapat berkongsi maklumat mengenai prestasi pembelajaran, perkembangan serta tingkah laku murid kepada ibu bapa.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan tanggungjawab mendidik anak-anak tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu guru dan pihak sekolah kerana ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin serta sahsiah mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan serahkan semua kepada sekolah. Ibu bapa juga harus ditegur demi tanggungjawab,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri turut mengingatkan pendidikan bukan sekadar memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik dan penguasaan ilmu, sebaliknya perlu membentuk generasi yang mempunyai akhlak, disiplin serta keperibadian baik.<\/p>\n<p>Bantuan Awal Persekolahan merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak, khususnya bagi keperluan kelengkapan sekolah menjelang sesi baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ibu bapa diwajibkan hadir ke sekolah masing-masing bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM200 untuk setiap murid tahun depan, tegas Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, penyerahan bantuan itu perlu dilakukan di sekolah dan tidak disalurkan terus ke rumah bagi memastikan ibu bapa turut memainkan peranan dalam pendidikan anak-anak. Menurutnya, langkah itu juga memberi peluang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16451,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,5205,5206,18,974],"authors":[],"class_list":["post-18452","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-bantuan-awal-persekolahan","tag-bap","tag-pmx","tag-sekolah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18452","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18452"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18452\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18453,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18452\/revisions\/18453"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16451"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18452"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18452"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18452"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18452"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}