{"id":18457,"date":"2026-11-25T08:18:06","date_gmt":"2026-11-25T08:18:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18457"},"modified":"2026-11-25T08:18:06","modified_gmt":"2026-11-25T08:18:06","slug":"kerajaan-pertimbang-namakan-jalan-di-kl-sempena-a-samad-said","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-pertimbang-namakan-jalan-di-kl-sempena-a-samad-said\/","title":{"rendered":"Kerajaan pertimbang namakan jalan di KL sempena A Samad Said"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan meneliti cadangan menamakan salah sebuah jalan di ibu negara sempena Sasterawan Negara, Allahyarham A Samad Said sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar tokoh itu dalam bidang kesusasteraan dan perjuangan masyarakat.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu dikemukakan tokoh wartawan, A Kadir Jasin, sebagai satu bentuk penghormatan terhadap jasa Allahyarham yang bukan sahaja dikenali sebagai penulis tersohor, malah turut lantang memperjuangkan hak rakyat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, beberapa cadangan lain turut boleh dipertimbangkan bagi memastikan legasi dan sumbangan Allahyarham terus dikenang oleh masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, nanti insya-Allah kita akan teliti beberapa cadangan ini. Tetapi, bagi saya yang paling penting ialah kita menghayati karya-karya dan Allahyarham juga seorang pejuang hak rakyat. Hal ini tidak harus kita lupakan,&#8221; katanya selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, hari ini.<\/p>\n<p>Selain penamaan jalan, Fahmi turut mencadangkan supaya sebuah galeri diwujudkan bagi menghimpunkan serta mempamerkan karya dan perjalanan hidup tokoh sastera berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, karya agung Allahyarham perlu dipopularkan semula supaya lebih dekat dengan generasi muda, khususnya Gen Z dan Gen Alpha.<\/p>\n<p>&#8220;Karya-karya agung Allahyarham wajar kita lihat kaedah untuk dipopularkan semula. Karya beliau masih popular, namun perlu diperkenalkan kepada generasi muda,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Fahmi turut memaklumkan beliau sudah berbincang dengan anak Allahyarham mengenai keperluan keluarga meneliti aspek hak cipta serta usaha memastikan karya penulisan Allahyarham terus dipelihara.<\/p>\n<p>Allahyarham A Samad Said meninggal dunia pada 6.10 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menerima rawatan akibat sakit tua. Beliau turut menghidap diabetes.<\/p>\n<p>Pemergian Allahyarham menyaksikan negara kehilangan seorang tokoh besar kesusasteraan Melayu yang sekian lama menyumbang kepada perkembangan dunia penulisan, puisi dan pemikiran masyarakat.<\/p>\n<p>Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dengan kehadiran ratusan ahli keluarga, rakan penggiat seni dan orang ramai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan meneliti cadangan menamakan salah sebuah jalan di ibu negara sempena Sasterawan Negara, Allahyarham A Samad Said sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar tokoh itu dalam bidang kesusasteraan dan perjuangan masyarakat. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu dikemukakan tokoh wartawan, A Kadir Jasin, sebagai satu bentuk penghormatan terhadap jasa Allahyarham yang bukan sahaja dikenali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18410,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5781,49,690,16,5791,5780],"authors":[],"class_list":["post-18457","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-a-samad-said","tag-fahmi-fadzil","tag-kementerian-komunikasi","tag-mcmc","tag-nama-jalan","tag-sasterawan-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18457","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18457"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18457\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18458,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18457\/revisions\/18458"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18410"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18457"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18457"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18457"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18457"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}