{"id":18466,"date":"2026-11-25T10:46:46","date_gmt":"2026-11-25T10:46:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18466"},"modified":"2026-11-25T10:46:46","modified_gmt":"2026-11-25T10:46:46","slug":"dadah-dari-lembah-klang-dihantar-ke-sabah-guna-aset-tudm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dadah-dari-lembah-klang-dihantar-ke-sabah-guna-aset-tudm\/","title":{"rendered":"Dadah dari Lembah Klang dihantar ke Sabah guna aset TUDM"},"content":{"rendered":"<p>Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan berhubung kegiatan sindiket penyeludupan dadah menggunakan aset ketenteraan dipercayai berperanan sebagai pengangkut bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, anggota terbabit bukan sahaja bertindak sebagai penyelaras, malah turut menguruskan penghantaran bahan terlarang itu ke negeri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSelain menjadi koordinator, dia juga mengangkut bekalan dadah itu dari Lembah Klang ke Sabah,\u201d katanya selepas menghadiri Program Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Replika Cek Insurans Kelompok Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Tengah Geting, Pengkalan Kubor, hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa ke Labuan dan Tawau, namun polis tidak menolak kemungkinan terdapat destinasi lain yang turut menjadi sasaran sindiket terbabit.<\/p>\n<p>Setakat ini, seramai 13 individu ditahan bagi membantu siasatan, membabitkan tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam.<\/p>\n<p>Hussein berkata, pihaknya turut mengenal pasti beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian berkenaan dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.<\/p>\n<p>Katanya, sindiket itu dipercayai mempunyai struktur operasi tersusun yang melibatkan ketua, penyelaras, pengangkut serta beberapa anggota lain.<\/p>\n<p>Mengulas perkembangan siasatan, beliau berkata polis mula memperoleh maklumat mengenai kemungkinan penggunaan aset ketenteraan dalam kegiatan penyeludupan dadah susulan rampasan enam kontena di Pelabuhan Klang pada Januari lalu.<\/p>\n<p>Kontena berkenaan dipercayai mengandungi dadah untuk dihantar ke Teluk Sepanggar, Sabah.<\/p>\n<p>\u201cPolis memperoleh maklumat lebih kukuh pada Julai sebelum membuka kertas siasatan, diikuti tindakan risikan dan pemantauan sehingga membawa kepada insiden terbaharu di Subang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Minggu lalu, polis membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai menggunakan kemudahan pengangkutan ketenteraan menerusi operasi di Lembah Klang dan Labuan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin memaklumkan penahanan 13 individu selepas dadah ditemukan disembunyikan dalam lima bagasi dan sebuah kotak di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang, Selangor.<\/p>\n<p>Bahan terlarang itu dikesan menerusi pemeriksaan rutin terhadap barangan sebelum dimuatkan ke dalam pesawat TUDM.<\/p>\n<p>Kes berkenaan mencetuskan perhatian serius kerana dipercayai membabitkan penyalahgunaan kemudahan ketenteraan bagi kegiatan pengedaran dadah, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan dan kawalan aset strategik negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan berhubung kegiatan sindiket penyeludupan dadah menggunakan aset ketenteraan dipercayai berperanan sebagai pengangkut bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, anggota terbabit bukan sahaja bertindak sebagai penyelaras, malah turut menguruskan penghantaran bahan terlarang itu ke negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1213,511,920,449,3207,43,102,3414,1384],"authors":[],"class_list":["post-18466","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukit-aman","tag-dadah","tag-hussein-omar-khan","tag-lembah-klang","tag-narkotik","tag-pdrm","tag-sabah","tag-sindiket","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18467,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18466\/revisions\/18467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18466"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}