{"id":18471,"date":"2026-11-25T10:55:55","date_gmt":"2026-11-25T10:55:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18471"},"modified":"2026-11-25T10:55:55","modified_gmt":"2026-11-25T10:55:55","slug":"sindiket-seludup-syabu-ke-indonesia-tumpas-rampasan-bernilai-rm5-19-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sindiket-seludup-syabu-ke-indonesia-tumpas-rampasan-bernilai-rm5-19-juta\/","title":{"rendered":"Sindiket seludup syabu ke Indonesia tumpas, rampasan bernilai RM5.19 juta"},"content":{"rendered":"<p>Cubaan menyeludup lebih 100 kilogram (kg) syabu ke Indonesia melalui laluan laut gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas dadah bernilai RM5.19 juta dan menahan empat lelaki dalam dua serbuan di Kedah, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Rampasan seberat 103.798kg itu dilakukan dalam operasi di perairan Tanjung Dawai dan Sungai Petani pada 14 dan 15 November lalu.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi bermula kira-kira jam 9 malam pada 14 November apabila anggota PPM mengesan sebuah bot fiber mencurigakan kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Sayak.<\/p>\n<p>Menurutnya, bot berkenaan cuba melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, malah melakukan beberapa pergerakan berbahaya bagi mengelak ditahan.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, pasukan kami berjaya memintas bot itu selepas mengejar selama kira-kira 90 minit dan menahan dua lelaki warga Indonesia di dalamnya,&#8221; katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPM Wilayah Satu, hari ini.<\/p>\n<p>Pemeriksaan terhadap bot itu menemukan lima guni putih mengandungi 100 bungkusan plastik berwarna keemasan berlabel &#8216;VIP 666&#8217; yang disyaki mengandungi syabu.<\/p>\n<p>Dadah seberat 103.798kg itu dianggarkan bernilai RM5.19 juta dan disembunyikan dalam ruang khas pada bot berkenaan.<\/p>\n<p>Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Sungai Layar Hujung, Sungai Petani pada 15 November lalu dan menahan dua lagi lelaki, masing-masing warga tempatan dan Indonesia.<\/p>\n<p>Mohd Yusri berkata, seorang suspek tempatan berusia 36 tahun yang mengusahakan kedai runcit dipercayai dalang utama sindiket berkenaan.<\/p>\n<p>Suspek terbabit dipercayai bertanggungjawab merancang serta menyelaras penghantaran dadah, selain menawarkan upah RM12,000 bagi setiap perjalanan membawa bekalan ke Indonesia.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan mendapati dua lelaki yang ditahan dipercayai sudah melakukan enam perjalanan menyeludup dadah dari negara ini ke negara jiran menggunakan laluan laut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tiga suspek warga Indonesia memiliki pasport sah, namun dipercayai memasuki negara ini tanpa melalui pintu masuk rasmi bagi menjalankan kegiatan berkenaan.<\/p>\n<p>Selain dadah, polis turut merampas sebuah bot dan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk sitaan berjumlah RM5.361 juta.<\/p>\n<p>Kesemua empat suspek berusia antara 31 hingga 36 tahun kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, PPM Wilayah Satu merekodkan 151 kes dadah dari Januari hingga November tahun ini, membabitkan 180 tangkapan dan rampasan dadah bernilai RM11.96 juta.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan, sebanyak 2,375 kes direkodkan dengan 1,462 tangkapan serta nilai rampasan dan sitaan mencecah RM187.99 juta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cubaan menyeludup lebih 100 kilogram (kg) syabu ke Indonesia melalui laluan laut gagal apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu merampas dadah bernilai RM5.19 juta dan menahan empat lelaki dalam dua serbuan di Kedah, baru-baru ini. Rampasan seberat 103.798kg itu dilakukan dalam operasi di perairan Tanjung Dawai dan Sungai Petani pada 14 dan 15 November [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18472,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1213,511,716,5796,5795,1581,4938],"authors":[],"class_list":["post-18471","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukit-aman","tag-dadah","tag-indonesia","tag-mohd-yusri-hassan-basri","tag-pasukan-polis-marin","tag-seludup","tag-syabu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18471","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18471"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18471\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18473,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18471\/revisions\/18473"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18472"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18471"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18471"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18471"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18471"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}