{"id":18480,"date":"2026-11-26T02:36:16","date_gmt":"2026-11-26T02:36:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18480"},"modified":"2026-11-26T02:38:36","modified_gmt":"2026-11-26T02:38:36","slug":"bubar-parlimen-anwar-minta-parti-politik-jangan-tergesa-gesa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bubar-parlimen-anwar-minta-parti-politik-jangan-tergesa-gesa\/","title":{"rendered":"Bubar Parlimen: Anwar minta parti politik jangan tergesa-gesa"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta semua pihak bersabar berhubung desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Beliau memberi jaminan PRU-16 akan diadakan sebelum Februari 2028, selaras dengan tempoh penggal pentadbiran kerajaan ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cPRU16 mesti diadakan sebelum Februari 2028, begitu lebih kurang. Jadi sabarlah\u2026 ia juga sama ada sebelum Hari Kebangsaan ataupun selepas. Ia tidak ada lebih daripada itu,\u201d katanya ketika menjawab persoalan mengenai pembubaran Parlimen dalam program Dialog Negara Khas Bersama Perdana Menteri yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).<\/p>\n<p>Kebelakangan ini, beberapa pihak mendesak kerajaan supaya mempercepatkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan mandat baharu diperoleh menerusi PRU-16.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan meneruskan kepimpinan negara selepas pilihan raya akan datang, Anwar berkata beliau bersedia sekiranya kembali diberikan kepercayaan oleh rakyat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya, pembentukan kerajaan selepas PRU-16 bergantung kepada keputusan dan sokongan pengundi terhadap parti-parti politik yang bertanding.<\/p>\n<p>\u201cSaya tentulah hendak teruskan dan dengan pengalaman serta kekuatan yang ada, dapat mengangkat martabat Malaysia. Saya pencinta negara dan yakin dengan keupayaan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam program sama, Anwar turut menyentuh isu integriti dan usaha membanteras rasuah yang disifatkannya sudah berakar umbi dalam sistem pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam tindakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah, termasuk mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cRasuah bagi saya dalam negara ini sudah sistemik. Saya warisi keadaan yang sistemik. Oleh itu kita mesti terus tegas, terus jalan walaupun popular atau tidak, itu soal kedua,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjadikan pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai contoh pendirian kerajaan untuk tidak campur tangan dalam proses undang-undang.<\/p>\n<p>Anwar berkata usaha memperbaiki tadbir urus, membanteras rasuah dan mengurangkan ketirisan telah membantu kerajaan menjimatkan puluhan bilion ringgit yang boleh disalurkan kepada kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>Antara langkah yang dirancang ialah menamatkan sistem pengambilan doktor kontrak mulai 1 Januari 2027.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau menolak cadangan menaikkan caj rawatan di fasiliti kesihatan awam kerana tidak mahu menambah beban rakyat ketika pertumbuhan gaji masih belum seimbang dengan perkembangan ekonomi dan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Kerajaan turut memberi perhatian terhadap cabaran dihadapi usahawan tempatan susulan lambakan barangan murah menerusi platform e-dagang antarabangsa.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, peraturan lebih ketat sedang dipertimbangkan bagi memastikan produk yang memasuki pasaran tempatan memenuhi piawaian kualiti, keselamatan dan halal tanpa menjejaskan perdagangan.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak bertujuan untuk menyekat tetapi yang kita mahu ialah pelaburan dan perdagangan, bukan lambakan barang yang murah dan ini membunuh beberapa syarikat kecil di lapangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mahu kejayaan syarikat tempatan seperti Farm Fresh dijadikan contoh dalam membangunkan industri makanan negara, khususnya ketika sektor pertanian, penternakan dan perikanan berdepan peningkatan kos serta ketidaktentuan geopolitik global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta semua pihak bersabar berhubung desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Beliau memberi jaminan PRU-16 akan diadakan sebelum Februari 2028, selaras dengan tempoh penggal pentadbiran kerajaan ketika ini. \u201cPRU16 mesti diadakan sebelum Februari 2028, begitu lebih kurang. Jadi sabarlah\u2026 ia juga sama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18483,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,170,378,549,309,197,18,101,146],"authors":[],"class_list":["post-18480","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anwar-ibrahim","tag-bn","tag-bubar","tag-parlimen","tag-perdana-menteri","tag-pmx","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18480","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18480"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18480\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18481,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18480\/revisions\/18481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18480"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18480"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18480"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18480"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}