{"id":18488,"date":"2026-11-26T02:51:46","date_gmt":"2026-11-26T02:51:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18488"},"modified":"2026-11-26T02:51:46","modified_gmt":"2026-11-26T02:51:46","slug":"rafizi-diminta-dedah-sumber-dana-kempen-parti-kancil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-diminta-dedah-sumber-dana-kempen-parti-kancil\/","title":{"rendered":"Rafizi diminta dedah sumber dana kempen parti Kancil"},"content":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli digesa mendedahkan sumber pembiayaan dan keseluruhan perbelanjaan parti Kancil sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan prinsip ketelusan politik yang sering diperjuangkannya turut diamalkan dalam organisasinya sendiri.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun yang mempersoalkan kemampuan parti Kancil yang baru berusia sekitar enam hingga tujuh bulan untuk membiayai kempen besar-besaran serta meletakkan puluhan calon dalam PRN berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun semua calon parti itu dilaporkan kehilangan deposit, persoalan mengenai jumlah perbelanjaan dan pihak yang menanggung kos kempen masih memerlukan penjelasan.<\/p>\n<p>Menurutnya, Rafizi sebelum ini pernah mendedahkan penyata kewangan kempen Parti Bersama bagi PRN Johor pada Julai 2026 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM796,197.<\/p>\n<p>Katanya, pendedahan itu satu langkah positif yang wajar diiktiraf, namun ketelusan sama perlu ditunjukkan berhubung perbelanjaan kempen PRN Melaka.<\/p>\n<p>&#8220;Persoalannya, bagaimana pula dengan PRN Melaka? Adakah penyata kewangan lengkap sudah diterbitkan dan berapakah jumlah keseluruhan perbelanjaan?<\/p>\n<p>&#8220;Siapakah yang membiayai semua perbelanjaan tersebut? Berapa banyak datang daripada yuran ahli, crowdfunding, majlis makan malam dan sumbangan individu? Adakah semua perbelanjaan itu direkodkan dan boleh disemak?&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Shahbudin berkata, pihaknya tidak membuat sebarang tuduhan mengenai kewujudan pembiayaan tersembunyi atau penaja rahsia kerana perkara itu memerlukan bukti.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berpendapat parti yang menjadikan ketelusan sebagai prinsip perjuangan politik perlu bersedia memberikan penjelasan terbuka kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, Rafizi sering tampil mengkritik perbelanjaan kerajaan, mempersoalkan keputusan pentadbiran serta membangkitkan isu berkaitan penggunaan wang awam.<\/p>\n<p>&#8220;Jika beliau mempersoalkan sumber dana NGO, pihak yang membiayai sesuatu gerakan atau kemungkinan kepentingan di sebalik sesuatu kempen, beliau juga harus bersedia menjawab persoalan sama mengenai partinya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan prinsip ketelusan tidak sepatutnya diamalkan secara terpilih, iaitu hanya apabila kritikan ditujukan kepada pihak lain.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat berhak mengetahui sumber kewangan dan perbelanjaan sesebuah organisasi politik, terutama apabila ia melibatkan kempen pilihan raya yang memerlukan kos besar.<\/p>\n<p>Shahbudin berkata, penjelasan terbuka mengenai perkara itu penting bagi mengelakkan persepsi prinsip ketelusan hanya digunakan sebagai modal politik, tetapi diketepikan apabila melibatkan kepentingan sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rafizi Ramli digesa mendedahkan sumber pembiayaan dan keseluruhan perbelanjaan parti Kancil sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi memastikan prinsip ketelusan politik yang sering diperjuangkannya turut diamalkan dalam organisasinya sendiri. Gesaan itu dibuat Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun yang mempersoalkan kemampuan parti Kancil yang baru berusia sekitar enam hingga tujuh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9047,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3978,414,8,3612,3611,3936],"authors":[],"class_list":["post-18488","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersama","tag-dana","tag-rafizi","tag-sekpur","tag-sekretariat-gerak-gempur-media-sosial-rakyat","tag-shahbudin-embun"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18488","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18488"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18488\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18489,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18488\/revisions\/18489"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18488"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18488"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18488"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18488"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}