{"id":18509,"date":"2026-11-26T07:44:34","date_gmt":"2026-11-26T07:44:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18509"},"modified":"2026-11-26T07:44:34","modified_gmt":"2026-11-26T07:44:34","slug":"dakwa-dinafikan-hak-membela-diri-inspektor-sheila-saman-ayob-khan-dan-pdrm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dakwa-dinafikan-hak-membela-diri-inspektor-sheila-saman-ayob-khan-dan-pdrm\/","title":{"rendered":"Dakwa dinafikan hak membela diri, Inspektor Sheila saman Ayob Khan dan PDRM"},"content":{"rendered":"<p>Bekas pegawai polis, Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali sebagai Inspektor Sheila, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan memecatnya daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>Permohonan itu difailkan pada 29 Oktober lalu melalui Tetuan M Manoharan &amp; Co dengan menamakan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, lembaga tatatertib PDRM serta suruhanjayanya dan kerajaan sebagai responden.<\/p>\n<p>Dalam afidavit sokongannya, Sheila mendakwa pemecatannya pada 3 Ogos lalu dibuat tanpa memberinya peluang sewajarnya untuk membela diri terhadap empat pertuduhan tatatertib.<\/p>\n<p>Menurutnya, dia tidak pernah menerima surat tunjuk sebab atau sebarang notis berkaitan empat pertuduhan berkenaan sebelum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pernah menerima atau diserahkan sebarang surat tunjuk sebab atau notis tindakan tatatertib berhubung empat pertuduhan itu sebelum menerima surat pada 3 Ogos tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sheila mendakwa keadaan itu menyebabkan dia tidak mengetahui secara khusus kesalahan yang dituduh terhadapnya, sekali gus menafikan peluang untuk menyediakan pembelaan.<\/p>\n<p>Bagi 19 pertuduhan tatatertib lain pula, Sheila berkata dia menerima surat tunjuk sebab pada 3 April 2024 dan mengemukakan representasi pada 23 April tahun sama.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, dia mendakwa representasi itu tidak dipertimbangkan walaupun dokumen berkenaan diterima oleh Pejabat Pendaftaran Siasatan Jenayah Komersial pada 24 April 2024.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat terkejut apabila menerima notis hukuman tatatertib yang menyatakan responden tidak menerima representasi saya, walaupun pejabat berkenaan sebenarnya menerimanya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dia turut mendakwa tidak diberikan peluang menghadiri pendengaran secara bersemuka, menyoal balas saksi atau mengemukakan dokumen bagi mempertahankan dirinya.<\/p>\n<p>Menurut Sheila, keputusan pemecatan itu turut memberi kesan besar terhadap kehidupan dan kerjaya profesionalnya kerana kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, dia memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan pemecatan berkenaan batal, tidak sah dan menyalahi undang-undang.<\/p>\n<p>Antara tuntutan lain ialah perintah supaya dia dikembalikan ke jawatan Inspektor tanpa penurunan pangkat, selain pembayaran tunggakan gaji, elaun, bonus dan segala faedah kewangan yang layak diterimanya.<\/p>\n<p>Dia turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta kos guaman.<\/p>\n<p>Terdahulu, Hakim Indra Nehru membenarkan permohonan kebenaran Sheila untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman itu selepas peguamnya, M Manoharan, memaklumkan terdapat merit dalam permohonan berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut.<\/p>\n<p>Pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Solehudin Zaki, tidak membantah permohonan kebenaran tersebut.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, mahkamah belum menetapkan tarikh bagi pendengaran substantif semakan kehakiman itu.<\/p>\n<p>Sheila mula berkhidmat dalam PDRM pada 2016 dan pemecatannya pada Ogos lalu kini menjadi pertikaian undang-undang yang bakal ditentukan melalui proses mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas pegawai polis, Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali sebagai Inspektor Sheila, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan memecatnya daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Permohonan itu difailkan pada 29 Oktober lalu melalui Tetuan M Manoharan &amp; Co dengan menamakan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3725,58,43,5802,290,5803],"authors":[],"class_list":["post-18509","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ayob-khan-mydin-pitchay","tag-mahkamah","tag-pdrm","tag-pegawai-polis","tag-saman","tag-sheila-sharon-steven-kumar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18509","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18509"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18509\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18511,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18509\/revisions\/18511"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18509"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18509"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18509"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18509"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}