{"id":18517,"date":"2026-11-26T09:12:39","date_gmt":"2026-11-26T09:12:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18517"},"modified":"2026-11-26T09:12:39","modified_gmt":"2026-11-26T09:12:39","slug":"nexsec2026-himpun-1500-peserta-perkasa-bakat-keselamatan-siber","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nexsec2026-himpun-1500-peserta-perkasa-bakat-keselamatan-siber\/","title":{"rendered":"NEXSEC2026 himpun 1,500 peserta, perkasa bakat keselamatan siber"},"content":{"rendered":"<p>Seramai kira-kira 1,500 peserta dari Malaysia dan negara ASEAN menyertai NEXSEC2026, program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama serta pembangunan bakat dalam bidang keselamatan siber.<\/p>\n<p>Program yang berlangsung selama dua hari bermula 25 November di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu melabuhkan tirainya hari ini dengan majlis penutupan disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah.<\/p>\n<p>Pembinaan ekosistem keselamatan siber yang kukuh memerlukan komitmen berterusan dan kerjasama erat antara kerajaan, industri serta institusi pengajian tinggi.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan MCMC, pendekatan itu penting bagi memastikan negara mempunyai kepakaran, keupayaan teknikal dan kesiapsiagaan mencukupi untuk menghadapi ancaman siber yang semakin berkembang.<\/p>\n<p>NEXSEC2026 menghimpunkan pemain industri, pakar keselamatan siber, ahli akademik dan bakat muda bagi berkongsi pengalaman, bertukar pandangan serta meneroka penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran keselamatan digital.<\/p>\n<p>Antara pengisian utama program ialah Simposium Perkongsian Teknologi, Meja Bulat Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat (CISO), Pameran Teknologi dan Bakat serta pertandingan &#8216;Capture the Flag&#8217; (CTF).<\/p>\n<p>Pertandingan CTF menyaksikan pasukan Perisai+ dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara dengan membawa pulang wang tunai RM3,000, plak dan sijil termasuk sijil EC-Council.<\/p>\n<p>Pasukan Pwncookies dari Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) menduduki tempat kedua dengan hadiah RM2,500, manakala pasukan iphonekupi dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) meraih tempat ketiga dengan RM2,000.<\/p>\n<p>Tempat keempat menjadi milik pasukan Error404 dari Multimedia University (MMU) yang menerima RM1,500, sementara pasukan Darksword dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di tempat kelima membawa pulang RM1,000.<\/p>\n<p>Kesemua lima pasukan turut menerima plak dan sijil sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian masing-masing.<\/p>\n<p>Selain pertandingan CTF, tiga pemenang turut menerima hadiah menerusi sesi pembentangan inovasi yang mengiktiraf kreativiti, keupayaan teknikal dan kebolehan menghasilkan penyelesaian bagi menangani cabaran keselamatan siber.<\/p>\n<p>MCMC berkata, penganjuran pertandingan dan sesi pembentangan itu mencerminkan komitmen suruhanjaya berkenaan dalam mencungkil bakat muda serta menggalakkan pembangunan penyelesaian inovatif.<\/p>\n<p>Usaha itu juga dilihat penting dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus meningkatkan daya tahan dan kesiapsiagaan ekosistem digital negara ketika ancaman keselamatan siber terus menjadi cabaran global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai kira-kira 1,500 peserta dari Malaysia dan negara ASEAN menyertai NEXSEC2026, program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama serta pembangunan bakat dalam bidang keselamatan siber. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 25 November di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu melabuhkan tirainya hari ini dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18518,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[221,1117,16,5807,1103,1437],"authors":[],"class_list":["post-18517","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asean","tag-keselamatan","tag-mcmc","tag-nexsec2026","tag-program","tag-siber"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18517"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18517\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18519,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18517\/revisions\/18519"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18518"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18517"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}