{"id":18532,"date":"2026-11-27T03:15:20","date_gmt":"2026-11-27T03:15:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18532"},"modified":"2026-11-27T03:15:20","modified_gmt":"2026-11-27T03:15:20","slug":"nazri-mahu-umno-pas-runding-kerusi-wawasan-diketepikan-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nazri-mahu-umno-pas-runding-kerusi-wawasan-diketepikan-laporan\/","title":{"rendered":"Nazri mahu UMNO-PAS runding kerusi, Wawasan diketepikan: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Kerjasama politik antara UMNO dan PAS perlu diteruskan tanpa melibatkan Parti Wawasan Negara (Wawasan), khususnya dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, UMNO wajar menuntut semula kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU15, termasuk kerusi yang kini diwakili Ahli Parlimen yang menyertai Wawasan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berpandangan pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS perlu dilakukan menerusi rundingan berdasarkan kekuatan serta peluang kemenangan kedua-dua parti.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini kerusi yang dimenangi oleh Bersatu akan ditandingi UMNO. Tapi kita berundinglah dengan PAS,\u201d katanya dipetik laporan Malaysiakini.<\/p>\n<p>Nazri menegaskan Wawasan tidak mempunyai asas untuk menuntut kerusi berkenaan kerana parti itu tidak wujud ketika PRU15, sebaliknya kemenangan diperoleh atas tiket Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cKerusi Bersatu yang Wawasan ambil alih sekarang itu kerusi kita. Kalau dia nak tuntut kerusi Wawasan, takkanlah UMNO dengan PAS yang ada akar umbi perlu bekerja bagi membantu Wawasan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau memberikan contoh kerusi Parlimen Padang Rengas yang dimenangi Azahari Hasan atas tiket Bersatu pada PRU15 sebelum menyertai Wawasan. PAS pula tidak meletakkan calon di kerusi berkenaan ketika pilihan raya itu.<\/p>\n<p>\u201cTapi di Padang Rengas tak boleh beri Wawasan bertanding. Dia bukan Bersatu. Sebab itu saya kata cari kerusi lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nazri turut menggesa PAS supaya tidak melayan tuntutan Wawasan, yang disifatkannya sebagai parti serpihan UMNO, sebagaimana UMNO tidak bekerjasama dengan Amanah yang merupakan serpihan PAS.<\/p>\n<p>\u201cPada kita, Wawasan tak ada. Kita kira PRU-15 Parti Wawasan tidak ada.<\/p>\n<p>\u201cSebaik-baiknya PAS pun tak payahlah layan Wawasan ini. Dia serpihan UMNO, sepertimana kita tak melayan Amanah yang merupakan parti serpihan PAS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan UMNO dan PAS mempunyai kekuatan tersendiri, khususnya sokongan masyarakat Melayu di kawasan luar bandar, justeru kerjasama kedua-dua parti berpotensi memberikan laluan lebih baik dalam PRU-16.<\/p>\n<p>\u201cSaya menyokong kerjasama dengan PAS. Dua parti ini boleh dikatakan parti pramerdeka yang mendapat dokongan orang Melayu di luar bandar dan kampung-kampung. Kalau kita bergabung, saya ingat insya-Allah laluan lebih mudah sedikit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nazri turut menyifatkan Bersatu sebagai parti serpihan UMNO yang semakin mengecil akibat perpecahan dalaman, sekali gus membuka ruang kepada UMNO untuk mengambil semula kerusi yang pernah dimenangi parti itu.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun mengakui tidak terlibat secara langsung dalam rundingan pembahagian kerusi kerana perkara itu terletak di bawah tanggungjawab kepimpinan tertinggi parti.<\/p>\n<p>Sebagai rekod, Bersatu memenangi 25 kerusi Parlimen pada PRU15 ketika bertanding di bawah Perikatan Nasional (PN). Perkembangan politik selepas pilihan raya itu menyaksikan beberapa wakil rakyat bertukar parti, termasuk menyertai Wawasan.<\/p>\n<p>Nazri yang pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Rengas selama enam penggal turut menyatakan hasrat untuk kembali bertanding pada PRU16 selepas tidak bertanding pada PRU-15 bagi memberi laluan kepada calon lebih muda.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengakui keputusan mengenai calon yang bakal mewakili UMNO di Padang Rengas tetap terletak di tangan kepimpinan parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerjasama politik antara UMNO dan PAS perlu diteruskan tanpa melibatkan Parti Wawasan Negara (Wawasan), khususnya dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, UMNO wajar menuntut semula kerusi yang dimenangi Bersatu pada PRU15, termasuk kerusi yang kini diwakili Ahli Parlimen yang menyertai Wawasan. Bagaimanapun, beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18533,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[100,875,126,101,758,146,4152],"authors":[],"class_list":["post-18532","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerusi","tag-nazri-aziz","tag-pas","tag-pru-16","tag-rundingan","tag-umno","tag-wawasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18532","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18532"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18532\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18534,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18532\/revisions\/18534"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18533"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18532"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18532"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18532"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18532"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}